web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menubuhkan task force (pasukan petugas) bagi menyelaras agihan bantuan badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat mahupun penderma kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ketika Ramadan.

Aktivis masyarakat, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, ia bagi memastikan tiada golongan sasar tercicir daripada menerima bantuan dan mengelak berlakunya pembaziran dan juga ketirisan.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi

Menurut beliau, kerajaan juga perlu mengenal pasti isu sosial di kawasan bandar dan luar bandar agar pengagihan bantuan dapat dilaksanakan secara lebih terperinci.

“Ia cadangan yang bagus kerana masih ada bantuan tidak sampai kepada kumpulan sasar. Jadi apabila diselaraskan, ini memudahkan pengagihan bantuan.

“Kita memerlukan pasukan task force untuk menjalankan amanah ini. Sekiranya ia tidak direalisasikan, sudah pasti akan berlaku ketirisan, pembaziran serta lambakan bantuan,” katanya kepada Getaran.

Jelas beliau lagi, penyelarasan data penerima amat penting meskipun agihan bantuan turut membabitkan agensi kerajaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Namun bagaimana ia diselaraskan, ini perlu diperincikan serta diperkemaskan agar matlamat untuk mencegah pembaziran ketika Ramadan mampu dicapai,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Nizam berkata, cadangan penyelarasan itu bagaimanapun perlu diteliti agar kerajaan boleh membuktikan kaedah terbabit tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada pemegang taruh.

Susulan itu, katanya, satu klausa khas perlu diwujudkan bagi membolehkan NGO, syarikat korporat mahupun penderma menyampaikan sumbangan menerusi program kerjasama strategik dengan YKN.

Beliau berkata, sumbangan juga perlu diperincikan mengikut kategori sama ada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan harian atau makanan.

“(Jenis) Bantuan sebenarnya bergantung kepada keadaan. Sebagai contoh sebelum ini, ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai mendapat bantuan barangan keperluan sehingga ada yang sudah tamat tempoh.

“Saya ada terima laporan mengenai sumbangan terlampau banyak. Justeru, bagi saya kerajaan harus memperincikan jenis bantuan. Ia perlu dilihat dari setiap sudut berbeza,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar NGO, syarikat korporat mahupun penderma menyelaraskan agihan bantuan kepada YSN bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan ketika Ramadan.

 Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, dengan kaedah berkenaan sumbangan juadah berbuka atau persiapan menyambut Aidilfitri dapat disampaikan terus kepada golongan sasar.

Jelasnya, YKN mengalu-alukan syarikat korporat, NGO atau individu untuk bersama yayasan bagi menyumbang wang tunai, barangan atau mengadakan program kerjasama strategik bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, setiap sumbangan tunai akan diberikan resit pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyambut baik saranan tersebut dan mencadangkan agar YKN ditubuhkan di setiap negeri.

Katanya, langkah itu boleh membantu memudahkan penyerahan agihan bantuan secara berkualiti.

“Bina satu tempat (di setiap negeri) supaya mereka yang hendak menderma boleh memberi bantuan di situ.

“Bagi saya bantuan berbentuk wang tunai mudah untuk diagihkan. Kalau sumbangan makanan pula boleh dibawa terus ke masjid atau surau untuk dinikmati jemaah selepas solat tarawih,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menasihatkan umat Islam supaya tidak membazir makanan dengan membuat pembelian berlebihan terutamanya juadah berbuka puasa.

Ujarnya, Ramadan adalah bulan umat Islam berpuasa dan meningkatkan amalan yang mendatangkan pahala, justeru ia tidak sepatutnya dicemari dengan perbuatan pembaziran.

“Kemungkinan pembaziran ini berlaku tanpa sedar susulan niat ingin membeli untuk keluarga atau rakan. Namun untuk mengatasinya, bolehlah sedekahkan makanan kepada masjid, surau atau rumah anak yatim.

“Kebanyakan orang kita suka berlebihan kerana niat untuk bersedekah. Namun pembaziran itu masih terkawal.

“Justeru, saya mencadangkan agar masyarakat dapat menghitung harga makanan yang dibeli sebagai langkah penjimatan,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Untuk Rakyat, Bukan Pembaziran - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembaziran Ketika Ramadan: Hitung Perbelanjaan, Jika Terlebih Beli Makanan Pastikan…

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu NRW Perlu Ditangani Secara Holistik, Perbelanjaan Modal Besar - Nik Nazmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehilangan, Pembaziran RM158.08 Juta Dikesan Di 3 Kementerian, 4 Jabatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 41 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad