web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Buat ‘Praktikal’ Di Parlimen, Pergi Ke Sekolah, Lihat Keperitan Guru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 6:12PM

Misbahul Munir Masduki berkata, Fadhlina Sidek perlu mengajar di sekolah selama seminggu untuk memahami kesusahan guru - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang, Misbahul Munir Masduki (Parit Buntar-PN) berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu mengajar di sekolah selama seminggu untuk memahami kesusahan guru.

Semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Belanjawan 2023 bagi Kementerian Pendidikan, Misbahul berkata, barisan pembangkang boleh menyelami kesukaran dihadapi guru kerana segelintir daripada mereka juga adalah golongan pendidik.

Sehubungan itu, beliau memberitahu Fadhlina untuk meletakkan dirinya sebagai guru dan mengajar selama seminggu, dengan mendakwa Ahli Parlimen Nibong Tebal terbabit tidak mempunyai pengalaman untuk berempati dengan mereka.

“Menteri Pendidikan mungkin kurang pengalaman yang diperlukan untuk menjadi seorang guru. Kalau boleh pergi sekolah dan mengajar selama seminggu.

“Jangan buat ‘praktikal’ seperti yang anda lakukan di Parlimen, menjadikan kami (Ahli Parlimen) pelajar.

“Pergilah ke sekolah dan lihat betapa peritnya, penderitaan guru yang ditimpa bebanan tugas berat,” katanya.

Kenyataan Misbahul itu mungkin merujuk kepada tindakan Fadhlina menjadikan Dewan Rakyat sebagai "bilik darjah" semasa memegang jawatan "guru" ketika sesi penggulungan di peringkat dasar, bulan lalu.

Misbahul juga berpendapat bahawa warga guru di negara ini adalah sumber manusia yang paling penting dalam sektor pendidikan dan keperitan mereka harus diambil kira.

Beliau kesal bagaimana pendidik perlu memikul begitu banyak tanggungjawab, seperti kerja pentadbiran sekolah, aktiviti kokurikulum, peperiksaan, dan hal ibu bapa dan guru, sehingga terpaksa "membawa kerja mereka pulang ke rumah".

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya untuk mengambil pegawai dan melantik kakitangan bagi menguruskan hal yang tidak berkaitan dengan pendidikan.

Beliau juga mencadangkan kementerian itu agar memberikan elaun tambahan kepada guru, di samping gaji pokok mereka, sebagai menghargai tanggungjawab golongan berkenaan. - The Vibes, 28 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad