Setiap ibu bapa inginkan kandungan tontonan yang sihat dan selamat buat anak-anak mereka terutama yang berusia bawah 10 tahun agar ia dapat mereka tidak terdedah dengan gejala-gejala kurang sihat dan merbahaya.
Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka.
Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah.
Ini kerana, Astro turut menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.
Bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak, Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’.
Bahkan, melalui Astro Baharu ini, Astro turut memperkenalkan fitur Profil Multipengguna, yang membenarkan pelanggan khususnya ibu bapa mencipta sehingga lima profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, di mana ibu bapa kini tidak perlu risau lagi dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran mereka termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.
Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Bagi ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, anda kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Hal ini, sekaligus dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa yang lebih bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan.
Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak sempena Ramadan ini adalah:-
Salam Famili
Kisah komedi tentang seorang mualaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.
Si Manis Bulan Ramadan
Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Datuk Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.
Geng Ngaji Junior
Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.
Mechamato The Movie
Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.
Famili Yang Popular
Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Siri Famili Yang Popular dibintangi Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.
Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior. - Getaran, 28 Mac 2023