web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Tentera Pukul Ibu Kerana Dadah, Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 11:27AM

Suspek tergamak memijak muka dan memukul ibunya kerana tidak mendapat wang RM20 untuk membeli dadah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang bekas tentera berusia 32 tahun tergamak memijak muka dan memukul ibunya kerana tidak mendapat wang RM20 untuk membeli dadah dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata akibat daripada kejadian itu mangsa berusia 65 tahun itu mengalami kecederaan di dahi, mata, bengkak di bahagian kepala dan badan sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah.

"Pada 25 Mac, lebih kurang 5.08 petang, pihak kami telah terima satu laporan berkait kes mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandung di Tanah Merah.

"Berdasarkan keterangan pengadu (abang suspek), telah menerima video daripada abang iparnya pada 2.30 petang mengenai adik kandungnya memukul ibu pengadu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek berjaya ditangkap dan hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta. 

"Suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad