web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lawatan Rasmi Pemimpin: Rakyat Harap 2 Objektif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:01PM

Setiap lawatan dilakukan pemimpin Malaysia ke negara luar diharapkan mampu menghasilkan dua objektif utama - pelaburan dari negara dilawati dan membina hubungan baik dengan negara itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap lawatan dilakukan pemimpin Malaysia ke negara luar diharapkan mampu menghasilkan dua objektif utama.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, pelaburan dari negara yang dilawati adalah objektif pertama, bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaburan berkenaan juga jelasnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan belia dan siswazah.

"Kita lihat gambar dan kenyataan dari Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau bertemu dengan International Islamic Bank (IDB) yang berpusat di Arab Saudi dan beliau bertemu dengan komuniti perniagaan di sana dalam kunjungan beliau baru-baru ini.

"Beliau juga telah menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn Bhd," katanya hari ini.

Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MOU) di Arab Saudi - Gambar Fail Bernama
Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MOU) di Arab Saudi - Gambar Fail Bernama

Mohd Sany menyatakan demikian sebagai mengulas kecaman pembangkang, yang menyifatkan lawatan Anwar ke Arab Saudi sebagai satu kegagalan dan pembaziran dana rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi di Dewan Rakyat.

Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Sany menambah, perkara kedua yang diinginkan oleh negara dan rakyat adalah jika pemimpin itu berjaya membina hubungan baik dengan negara yang dilawati. 

Terbukti, kata beliau, Anwar telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Brahim Taha dan rombongannya di Makkah.

Beliau memberitahu, peranan OIC adalah amat besar dalam komuniti Islam di seluruh dunia.

Anwar Ibrahim juga telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Brahim Taha dan rombongannya di Makkah - Gambar Fail
Anwar Ibrahim juga telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Brahim Taha dan rombongannya di Makkah - Gambar Fail

“Dalam pertemuan itu, pelbagai isu yang dibincangkan antaranya isu Palestin dan Afghanistan, Islamophobia, proses rundingan damai selatan Thai dan Filipina serta beberapa permasalahan lain yang dihadapi umat islam saat ini.

"Memang PM  bersedih kerana beliau tidak sempat berjumpa dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota berikutan perubahan jadual mereka dan PM tidak dapat melanjutkan lawatan ke Saudi kerana terikat dengan jadual yang lain,” katanya.

Tegas Mohd Sany, perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Anwar yang jelas berdukacita kerana tidak dapat melanjutkan lawatan berkenaan.

Katanya, tugas untuk negara, rakyat dan termasuk pembangkang sudah berjaya diselesaikan oleh Anwar dalam kunjungan terbabit dengan terbaik sekali.

"Apa yang rakyat dan negara dapat kalau PM Anwar dapat masuk Kaabah sebagaimana yang dikehendaki oleh Wan Faysal?

"Jadi apa yang walaun semua nak bising ni sebenarnya," katanya. - Getaran, 26 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad