web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Jemaah Haji, Sila Jawab Segera Surat Tawaran, Sahkan Tempat Anda - TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 4:33PM

Semua bakal haji digesa menjawab surat tawaran masing-masing pada kadar segera, bagi mengesahkan tempat mereka untuk musim haji 1444H/2023M - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua bakal haji digesa menjawab surat tawaran masing-masing pada kadar segera, bagi mengesahkan tempat mereka untuk musim haji 1444H/2023M.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua surat tawaran tersebut telah mula dikeluarkan Rabu lalu.

Menurut beliau, bakal haji negara juga boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

"Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini.

“Jawapan perlu diberikan dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Syed Saleh turut mengingatkan bakal jemaah untuk mencukupkan wang dalam akaun TH masing-masing.

Wang itu katanya, adalah bagi sejumlah bayaran haji seperti yang tertera surat tawaran mereka.

“Bakal jemaah juga perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital atau klinik kerajaan dan swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua bakal haji juga diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” jelasnya lagi.

Beliau memberitahu, jawapan surat tawaran, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa jemaah perlu dihantar ke mana-mana cawangan TH sebaik pemeriksaan kesihatan selesai dilakukan.

“Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Februari lalu memaklumkan, kuota jemaah haji Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah diberikan Arab Saudi sebelum ini.

Katanya, perkembangan positif itu adalah hasil pertemuan bersama rakan sejawatnya, Putera Faisal Farhan. - Getaran, 26 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad