web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MRSM Berbayar, Jangan Ulangi Kesilapan Sama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 2:49PM

Syed Saddiq mempersoalkan keperluan pembinaan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar bagi golongan berada terus mendapat kritikan pelbagai pihak.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengulas isu sama, melontarkan tiga persoalan berhubung cadangan berkenaan.

Mengakui gagal melihat rasional di sebalik cadangan berkenaan, Ahli Parlimen Muar itu mempersoalkan keperluan pembinaan MRSM berbayar  itu, sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

Beliau juga meminta penjelasan, jika Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat untuk memberi lebih fokus kepada sektor perniagaan, sambil mengingatkan beberapa kes lampau majlis berkenaan di Australia dan MARA Digital Mall di ibu negara.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

"Ketiga, adalah persoalan siapa akan dapat projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI) ini? Will it be as lopsided as before? (Adakah ia akan bermasalah seperti dahulu?)

"Jangan kita ulangi kesilapan sama. Saya bangkitkan soalan ini bukan saya hendak hentam kerajaan. Tetapi kerana saya juga adalah anak MARA. Tanpa MARA, mustahil saya berada di sini.

"Saya hendak pastikan MARA tidak lari dari tujuan asalnya untuk membantu keluarga-keluarga susah," katanya menerusi satu video di Facebook.

Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembinaan MRSM berbayar bagi golongan berada masih belum diputuskan dan masih berada di peringkat kajian.

Beliau  bagaimanapun memberi jaminan matlamat utama penubuhan MRSM tidak akan 'tergadai' jika cadangan itu direalisasikan.

Menurutnya, cadangan tersebut dibuat apabila melihat tuntutan dan harapan masyarakat terhadap MRSM terlalu tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Saddiq berkata, isu sama telah beliau bangkitkan sebelum ini di Parlimen, menerusi soalan kepada dengan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

"Ramai bertanya siapa akan dapat kontrak ini? Kosnya berapa? Guna duit rakyat atau tidak? Sebab itu saya bawa suara ke Parlimen dan ajukan soalan kepada  Timbalan Perdana Menteri.

"TPM pula menjawab, kita akan gunakan konsep PFI. Jadi apakah itu PFI? Ia adalah Private Financing Initiative. Kata mudahnya, ia seperti kad kredit kerajaan. Beli dahulu, selepas itu bayar beransuran kemudian," katanya.

Syed Saddiq turut memberi contoh projek bercorak PFI, termasuk pembinaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tapah yang dianggarkan bernilai RM285 juta.

"Tetapi kerajaan memberikan konsesi 23 tahun kepada syarikat swasta yang akhirnya mendapat dalam anggaran RM1.3 bilion.

"Ingat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)? Itu juga contoh PFI. Jadi, PFI ini bukanlah percuma 100 peratus," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Sosialis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gandipan Nantha Gopalan berkata, PSM membantah keras cadangan mewujudkan MRSM berbayar tersebut.

Jelasnya, cadangan itu sangat mengejutkan kerana ia adalah satu kontradiksi yang besar dengan matlamat dan wawasan MRSM ditubuhkan.

"Matlamat asal MRSM ditubuhkan adalah untuk membantu anak-anak daripada golongan B40 yang kurang mampu, bukan untuk golongan kaya raya dan elit. 

"MRSM berbayar untuk kelas elit hanya akan melebarkan lagi jurang sosial antara golongan kaya dan miskin. 

"Mewujudkan MRSM berbayar ini juga berkemungkinan besar akan menjadi titik permulaan untuk mengurangkan peruntukan kepada MRSM dan untuk menswastakan MRSM kelak," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. - Getaran, 25 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad