web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PUSPAKOM Bukan Lagi Satu-satunya Agensi Pemeriksaan Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 2:41PM

Anthony bercakap di sidang media di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bukan lagi satu-satunya agensi yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan sebaik sahaja konsesinya tamat 31 Ogos tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini bermakna kerajaan akan membenarkan penyedia perkhidmatan berkelayakan lain menjalankan pemeriksaan kenderaan sebagai usaha mempromosikan industri yang berdaya saing.

“Konsesi untuk PUSPAKOM akan diperbaharui. Bagaimanapun, perkhidmatan pemeriksaan tidak lagi eksklusif kepada PUSPAKOM,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini.

Tambahnya, perkara tersebut telah diputuskan semasa mesyuarat Kabinet pada 17 Mac.

Keputusan lain termasuk lanjutan 15 tahun konsesi PUSPAKOM, berkuat kuasa 1 September 2024.

Beliau juga memberitahu, tawaran untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor secara berkala akan dibuka kepada pihak yang berminat, selewat-lewatnya pada suku pertama 2024.

Anthony berkata, dasar baharu itu akan mengurangkan isu beratur panjang semasa pemeriksaan mandatori, iaitu masalah yang sering dibangkitkan oleh orang ramai.

“Perkhidmatan PUSPAKOM akan diteruskan tetapi kini pengguna boleh memilih untuk menggunakan penyedia perkhidmatan pemeriksaan lain.”

Tambahnya, kementerian telah menetapkan garis panduan operasi, skop perkhidmatan, keperluan minimum dan syarat-syarat lain bagi mereka yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk kenderaan komersial dan persendirian.

Anthony menambah, terma yang ditetapkan untuk pihak lain adalah sama yang dikenakan ke atas PUSPAKOM di bawah perjanjian konsesinya.

Sebagai contoh, firma mesti melantik pekerja yang boleh dipercayai untuk menjalankan pemeriksaan, menyediakan peralatan pemeriksaan betul yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan menyediakan perkhidmatan berkualiti mengikut piawaian diperlukan.

Terma lain termasuk firma yang dilantik tidak dibenarkan menjual perkhidmatan lain seperti pengubahsuaian kereta atau penggantian alat ganti.

Yuran pemeriksaan adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“JPJ juga akan menjalankan audit dan pemeriksaan berterusan ke atas semua pihak yang menyediakan perkhidmatan sedemikian bagi memastikan pematuhan.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar mana-mana syarat ini akan dikenakan penalti atau kelulusan mereka dibatalkan,” katanya.

Sebelum ini, The Vibes melaporkan, perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan menggesa kajian semula secara menyeluruh dibuat terhadap peranan PUSPAKOM dan keberkesanannya, dalam mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan komersil. - The Vibes, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar