Berita Terkini

1 jam yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 1 jam yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 1 jam yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 1 jam yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 1 jam yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Malaysia Zahirkan Komitmen Dalam Pengurusan Air Pada Persidangan Air PBB 2023

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 10:26PM

Penyertaan Malaysia menerusi persidangan itu juga bertujuan memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti High-level Political Forum for Sustainable Development (HLPF). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang berlangsung bermula semalam hingga 24 Mac. 

Jurucakap Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya membawa bersama komitmen negara dalam pengurusan air. 

Menurutnya, kerajaan juga akan melaksanakan tindakan adaptasi dan mengetengahkan daya tahan sektor air, khususnya dalam menangani isu banjir.

"Malaysia menyahut gesaan PBB dalam Dekad Tindakan Air 2018 hingga 2028 dengan penyertaan delegasi Malaysia ke persidangan tersebut. 

"Persidangan Air PBB 2023 merupakan platform tertinggi di peringkat dunia berhubung air dan akan menetapkan hala tuju serta keutamaan dunia untuk meningkatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 6 berkaitan Air Bersih dan Sanitasi. 

"Kebanyakan anggota PBB menyertai persidangan itu bagi menyatakan pendirian dalam mesyuarat plenari dan lima dialog interaktif meliputi lima (5) tema penting iaitu Air untuk Kesihatan; Air untuk Pembangunan; Air untuk Iklim; Ketahanan dan Alam Sekitar; Air untuk Kerjasama dan Dekad Tindakan Air," katanya, hari ini. 

Jurucakap NREC itu berkata, penyertaan Malaysia menerusi persidangan itu juga bertujuan memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti High-level Political Forum for Sustainable Development (HLPF). 

Jelasnya, program itu yang akan diadakan di New York, Amerika Syarikat dari 10 hingga 19 Julai depan turut disertai Malaysia.

Delegasi negara juga katanya, akan mengambil bahagian pada Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja PBB (COP28) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Nik Nazmi turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau dari United Kingdom, Bangladesh, Singapura, Arab Saudi dan Republik Korea Selatan bagi meningkatkan kerjasama, khususnya dalam bidang pengurusan air menerusi perkongsian pintar dan kerjasama strategik. 

"Selain itu, pertemuaan turut diadakan bersama UN Habitat dan Persatuan Air Antarabangsa, selain mengambil bahagian dengan menganjurkan forum bersama Alliance for Global Water Adaptation dan Aither bertajuk The Urgent Case for Action: Setting up the Water Agenda for Resilience, semalam di ECOSOC Chamber, Ibu Pejabat PBB," katanya. 

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Nik Nazmi berkata, Malaysia menyambut baik usaha PBB bagi membincangkan isu air global secara serius. 

"Krisis perubahan iklim adalah krisis air. Air adalah penghubung kepada tindakan yang digariskan dalam kerangka PBB dan penyertaan negara. 

"Itu akan memastikan hubungkait antara air dengan tindakan perubahan iklim, alam sekitar, daya tahan, kesihatan, sosioekonomi dan agenda pembangunan negara diberi perhatian," katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kos Pulihara Sampah Haram Twin Palms, Tasik Black Water Boleh Cecah Puluhan Juta Ringgit

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dasar Berkaitan Pampasan Akibat Tanaman Dirosakkan Hidupan Liar Dirangka

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Presiden Palestin Gesa PBB Gantung Keanggotaan Israel

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Disasar Dipertingkat Kepada 70 Peratus Menjelang 2050 - Rafizi

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Putera Albert II Berangkat Ke Majlis Makan Malam Gala Sempena Perlumbaan F1

Semasa 8 jam yang lalu

Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Termakan Biskut Ganja Buatan Bapa, Kanak-Kanak Perempuan Alami Sesak Nafas

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang