web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Cerai Hafidz Roshdi: Mahkamah Tetap 9 Mei Untuk Sebutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 5:44PM

Pelakon Muhammad Hafidz Roshdi, 29, ditemui media selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah bagi sebutan semula kes penceraian dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Muhammad Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, berhubung satu lagi lafaz yang didakwa dibuat oleh pelakon itu pada Januari lepas melalui aplikasi WhatsApp.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang mewakili Muhammad Hafidz, 29, memohon tarikh lain bagi membolehkan pihaknya menjawab tuntutan balas Nurul Shuhada, 29, berhubung lafaz cerai itu.

Akberdin berkata pihaknya menerima satu salinan pernyataan pembelaan bersama tuntutan balas berhubung perkara itu semalam.

“Prosiding hari ini untuk permohonan yang difailkan mereka (Muhammad Hafidz dan Nurul Shuhada) bersama sebelum ini berkaitan lafaz (cerai) pada 22 Februari lepas. Hari ini ada satu lagi talak dilafazkan terhadap beliau (Nurul Shuhada) pada 22 Januari.

“Saya dapat arahan untuk masukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan balas ini. Oleh itu, pihak kami memohon tarikh baharu bagi jawapan dan pembelaan," katanya yang dibantu peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Akberdin berkata pihaknya juga terperanjat dengan tuntutan balas tersebut kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Peguam syarie Nurfarhana Abd Manaf, yang mewakili Nurul Shuhada, pula mengesahkan pihaknya telah memfailkan satu tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai pada bulan Januari itu.

"Lafaz cerai pertama pada 22 Januari (dibuat) secara (melalui aplikasi) WhatsApp. Kami tiada bantahan mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes," katanya.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 27 Februari lepas, Muhammad Hafidz dan Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah susulan lafaz talak satu oleh pelakon itu melalui panggilan telefon pada 22 Februari lepas.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad