web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Lulus Penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 2:29PM

Awal bulan ini, Azalina Othman Said berkata, peranan JKPK membabitkan pelbagai isu, termasuk rang undang-undang pembiayaan politik yang akan dipercepatkan - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) untuk memainkan peranan sebagai semak dan imbang di Parlimen.

Ketika mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia dipersetujui Jawatankuasa Pemilih selepas mengadakan beberapa siri mesyuarat.

Namun, Ahli Parlimen Pengerang itu tidak menamakan wakil rakyat yang bertanggungjawab bagi setiap JKPK.

Manakala, bidang yang diliputi JKPK termasuk kewangan dan ekonomi; kesihatan; perdagangan dalam negeri, keusahawanan, kos sara hidup dan pertanian serta infrastruktur, pengangkutan dan komunikasi.

Ia juga merangkumi pembinaan negara, pendidikan dan pembangunan sumber manusia; wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat; alam sekitar, sains dan pertanian; keselamatan; hubungan antarabangsa dan perdagangan serta hak asasi manusia, pilihan raya umum dan reformasi institusi.

Awal bulan ini, Azalina berkata, peranan JKPK membabitkan pelbagai isu, termasuk rang undang-undang pembiayaan politik yang akan dipercepatkan.

Kenyataan itu disambut baik pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.

Bulan lalu, dilaporkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul akan mengetuai Jawatankuasa Pemilih bersama enam Ahli Parlimen termasuk Azalina.

Penggubal undang-undang lain yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pemilih ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya-GPS); Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (Seremban-PH) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (Pandan-PH).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Baru-PN) turut menyertai ahli jawatankuasa itu. – The Vibes, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad