web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Batu Pahat Menurun Kepada 6,740 Orang Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:20AM

Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun, setakat 8 pagi ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun, setakat 8 pagi ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 6,740 orang masih ditempatkan di 43 PPS, berbanding 7,972 orang di 44 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi. 

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Li Chun (522 orang), diikuti SJKC Chong Hwa Kangkar Senangar (402 orang) dan Sekolah Kebangsaan Seri Medan (399 orang).

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini. 

Sebanyak tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.09 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.07 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.23 meter). 

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang meninjau operasi pengepaman air di daerah itu baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri sedang menggiatkan usaha menangani "banjir termenung" dan berharap ia dapat diselesaikan, sebelum tibanya Ramadan.  - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek