Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Kumpulan B 2023/2024: Murid, Pelajar Semangat, Gembira Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 3:30PM

Gelagat murid-murid di Sekolah Seskyen 9, Shah Alam pada hari pertama persekolahan, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ucapan “Selamat Datang” dan “Selamat kembali ke Sekolah” yang dipaparkan di sekolah-sekolah, mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar pada hari pertama sesi persekolahan bagi Kumpulan B 2023/2024, hari ini.

Kelihatan murid-murid Tahun Satu begitu bersemangat untuk memulakan hari pertama persekolahan manakala bagi pelajar lain, mereka juga kelihatan gembira serta tidak sabar untuk memasuki kelas masing-masing, selepas sebulan bercuti.

Seorang ibu menghantar dua anaknya ke Sekolah Rendah Islam Al-Hafiz di Cyberjaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang ibu menghantar dua anaknya ke Sekolah Rendah Islam Al-Hafiz di Cyberjaya. - Gambar oleh Azim Rahman

Di PUTRAJAYA, sebanyak 35,147 pelajar dari 27 sekolah merangkumi 22,028 murid sekolah rendah dan 13,119 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan bermula hari ini bagi negeri Kumpulan B. 

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Mohamad Nasir Mustapha berkata kemasukan murid ke Tahun Satu pada tahun ini adalah sebanyak 3,148 orang manakala Tingkatan Satu 2,585 orang

Murid-murid beratur sebelum memasuki kelas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Murid-murid beratur sebelum memasuki kelas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pendidikan negeri Dr Roslan Hussin berkata 194,333 pelajar merangkumi 353 sekolah rendah dan 126 sekolah menengah di seluruh negeri memulakan sesi persekolahan.

Beliau berkata ia membabitkan 98,884 pelajar lelaki dan 95,449 pelajar perempuan dengan Seremban merekodkan jumlah terbanyak iaitu 106,424 pelajar diikuti Jempol dan Jelebu (27,737), Port Dickson (23,049), Kuala Pilah (12,121), Tampin (14,772) dan Rembau (10,230).

Wajah kegembiraan murid-murid yang baru memulakan kelas pada Sesi Persekolahan Kumpulan B 2023/2024. - Gambar oleh Azim Rahman
Wajah kegembiraan murid-murid yang baru memulakan kelas pada Sesi Persekolahan Kumpulan B 2023/2024. - Gambar oleh Azim Rahman

Di PERAK sebanyak 342, 482 pelajar dari 1,105 sekolah merangkumi 191, 260 pelajar dari 852 sekolah rendah dan 151,222 pelajar dari 253 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Mohamad Fauzi Mahson berkata daripada jumlah itu, 24, 091 merupakan pelajar Tahun Satu manakala 24, 916 pelajar Tingkatan Satu.

Tinjauan Bernama mendapati di SK Meru Raya turut menampilkan maskot Mickey Mouse bagi menyambut murid-murid ke sekolah hari ini. 

Sementara itu, di PERLIS, sebanyak 43,076 murid dan pelajar dari 104 sekolah rendah dan menengah di negeri itu direkodkan berdaftar untuk sesi persekolahan 2023/2024.

Pengarah Pendidikan Perlis Naharudeen Othman berkata daripada jumlah itu, 23,903 murid dari 74 sekolah rendah manakala 18,303 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima serta 870 pelajar Tingkatan Enam (Pra-U) dari 30 sekolah menengah di negeri itu.

Murid-murid beratur sebelum memasuki kelas pada hari pertama persekolahan, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Murid-murid beratur sebelum memasuki kelas pada hari pertama persekolahan, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Di PULAU PINANG melibatkan 228,891 pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini memulakan sesi persekolahan di 398 sekolah

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata daripada jumlah itu 128,480 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, - Gambar oleh Sairien Nafis
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, - Gambar oleh Sairien Nafis

Di MELAKA, sebanyak 141,089 murid dan pelajar memulakan hari pertama persekolahan di 316 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata ia membabitkan 80,512 murid sekolah kebangsaan dan 60,577 pelajar sekolah menengah kebangsaan dan daripada jumlah itu 7,749 orang merupakan murid Tahun Satu manakala 7,233 adalah pelajar Tingkatan Satu.

"Jumlah berkenaan tidak termasuk 5,290 kanak-kanak yang akan mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan di 170 sekolah rendah dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka," katanya kepada pemberita pada Program Gembira ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong di sini hari ini.

Di SABAH sebanyak 494,059 pelajar sekolah rendah dan menengah di 1,297 sekolah memulakan sesi persekolahan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 212,201 adalah pelajar sekolah menengah manakala 286,111 adalah sekolah rendah.

Di SARAWAK, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku pada hari pertama persekolahan hari ini. 

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Omar Mahli berkata setakat ini sesi hari pertama persekolahan di Sarawak berjalan lancar biarpun beberapa bahagian di negeri itu mengalami hujan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sesi Sekolah Di Kedah, Terengganu, Kelantan Lancar, Beberapa Sekolah Di Johor Tergendala

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 19 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah