Berita Terkini

8 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 8 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 8 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 9 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 10 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Sesi Sekolah Di Kedah, Terengganu, Kelantan Lancar, Beberapa Sekolah Di Johor Tergendala

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 3:06PM

Nur Erynna Qaleesya Mohd Saiful Nizam, 9, bersama adiknya Muhamad Fayyadh Qazriel, 7, terpaksa belajar menerusi modul PdPR pada hari pertama sesi persekolahan 2023 hari ini di hadapan rumah mereka di Parit Karjo, Batu Pahat yang masih ditenggelami banjir. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.

Di KEDAH, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Rozaini Ahmad berkata daripada jumlah itu, 30,613 merupakan pelajar Tahun 1 manakala 29,240 pelajar Tingkatan 1.

Bercakap kepada pemberita sempena pembukaan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Rozaini berkata daripada jumlah 30,468 guru yang bertugas di negeri itu, 176 merupakan guru baharu.

Di TERENGGANU pula, seramai 235,665 pelajar memulakan sesi persekolahan mereka di 505 buah sekolah iaitu 352 buah sekolah menengah dan 153 sekolah rendah melibatkan seramai 22,144 guru di seluruh Terengganu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah berkata daripada jumlah itu, 43,348 ialah pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1.

“Selain pelajar di sekolah kerajaan, kita juga ada 3,191 pelajar di sekolah swasta, murid dalam hospital (39 orang) dan Sekolah Integriti Marang (53 orang), yang turut memulakan sesi persekolahan hari ini dengan bimbingan 388 guru,” katanya selepas melakukan tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Hulu Dungun.

Manakala di KELANTAN, seramai 280,942 pelajar membabitkan 595 buah sekolah di negeri itu, memulakan Sesi Akademik 2023/2024 hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan tertumpu kepada pembentukan adab,akhlak dan motivasi dalam kalangan murid.

“Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini.

“Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan minggu pertama pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.

Di JOHOR, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon berkata lima sekolah melibatkan kira-kira 2,000 pelajar di negeri itu, tidak memulakan sesi persekolahan mereka hari ini kerajaan sekolah berkenaan masih terjejas banjir.

Beliau berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Seri Nasib Baik di Batu Pahat, tidak dapat dibuka susulan banjir yang masih belum surut manakala SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di Segamat yang mengalami masalah bekalan elektrik, dijangka dapat beroperasi esok.

“Sebanyak 44 buah sekolah di daerah ini (Batu Pahat) masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.

“Bagaimanapun, murid yang ditempatkan di PPS ini, akan masuk ke kelas menumpang walaupun PPS itu bukan sekolah dia, bergantung kepada kekosongan bilik darjah memandangkan minggu pertama lebih kepada sesi suai kenal transisi,” katanya kepada pemberita selepas melawat SK Seri Gading, Batu Pahat.

Sejumlah 595,454 orang pelajar di Johor dijadual memulakan sesi persekolahan di 1,192 sekolah bagi sesi 2023/2024 melibatkan 354,312 murid di 908 sekolah rendah serta 241,142 pelajar di 284 sekolah menengah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sesi Persekolahan Kumpulan B 2023/2024: Murid, Pelajar Semangat, Gembira Ke Sekolah

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Yayasan RYTHM Sekolah Maharani Buahkan Hasil Positif Bimbing Remaja Perempuan

Semasa 1 hari yang lalu

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

oleh Sofian Baharom

Semasa 19 jam yang lalu

Pindaan AUKU: Kebebasan Pelajar Dan Pensyarah Berpolitik Perlu Ada Batas

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

oleh Sofian Baharom