web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kakitangan Hospital Didakwa Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 3:04PM

Pada Jumaat lepas, polis menahan lelaki itu yang disyaki di bawah pengaruh alkohol selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis di hadapan PLPGU - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang kakitangan sebuah hospital awam yang ditahan selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol.

Jazvinjit Singh, 30, didakwa sebagai pemandu sebuah kereta telah memandu kenderaan itu dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 167 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah, lebih 117mg daripada had yang ditetapkan iaitu 50mg per 100ml.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh di Jalan Lapangan Terbang Off Jalan Angsana di sini pada 12.10 tengah malam, Jumaat lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 serta maksimum RM30,000 jika sabit kesalahan.

Selain itu tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. M Moganaraj Mithra manakala Jazvinjit diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes.

Pada Jumaat lepas, polis menahan lelaki itu yang disyaki di bawah pengaruh alkohol selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis di hadapan PLPGU.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dilaporkan berkata lelaki berkenaan terlanggar pengadang jalan berhampiran pos pengawal sebelum mengamuk semasa pemeriksaan dilakukan terhadapnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad