web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Polis Ke-216, Hargai Pengorbanan Warga PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 12:13PM

Baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah serta tanggungjawab dalam memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.

Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.

“Selamat menyambut Hari Polis ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara polis.

"Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara," titah Al-Sultan Abdullah dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini.

Dalam hantaran sama, Baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin.

Baginda turut menyeru agar rakyat mengamalkan kehidupan yang harmoni, mematuhi undang-undang, bekerjasama dan menjalinkan hubungan erat dengan pasukan polis dalam membanteras sebarang salah laku jenayah dalam komuniti masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad