web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: Langkah Capai Sasaran 31 Peratus Tenaga Boleh Baharu Tumpuan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:25AM

Langkah-langkah dan kos pelaksanaan bagi mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah-langkah dan kos pelaksanaan bagi mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu dibangkitkan Wong Shu Qi (PH-Kluang) pada sesi soal jawab kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. 

Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau) pula bertanyakan sama ada penubuhan Bursa Aset Karbon di Kuala Lumpur menjejaskan hak Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Bursa Aset Karbon di negeri masing-masing serta perniagaan Karbon Kredit dihasilkan oleh kedua-dua negeri itu. 

Turut tersenarai, soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai usaha dan kerjasama rentas kementerian yang sedang dirancang bagi meningkatkan pembangunan belia selaras dengan Model Baharu Pembangunan Belia 2030 (MBPB2030) yang akan dilancarkan tahun ini. 

Selain itu, Datuk Seri M. Saravanan (PH-Tapah) ingin tahu langkah proaktif yang akan menjadi fokus kerajaan supaya kuarters pekerja berpusat (CLQ) dijadikan alternatif utama dan menyediakan CLQ yang memenuhi standard ditetapkan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan, sebagai syarat bagi penggajian pekerja asing pada masa depan.

Soalan berhubung hak rawatan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terlibat dalam masalah penagihan dadah dan sama ada kerajaan akan membina pusat pemulihan khusus untuk OKU dijangka diajukan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) kepada Menteri Dalam Negeri. 

Selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan hari kelima perbahasan dan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Rencana 4 bulan yang lalu

Peralihan Tenaga Perlu Jadi Agenda Bersama, Bukan Sekadar Janji Atas Kertas

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar