web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan Ragut Nyawa 3 Individu Berpunca Pemandu Hilang Kawalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 7:10AM

Pemandu motokar Proton Saga BLM berumur 23 tahun dan kedua-dua petugas traffic controller berumur 25 serta 28 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian - Gambar Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan awal kes kemalangan membabitkan tiga lelaki maut di Jalan Syed Putra di sini, semalam berpunca daripada pemandu kereta jenis Proton Saga BLM yang hilang kawalan dan melanggar mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemandu itu memandu dari arah Petaling Jaya menghala ke Bulatan Sultan Muhammad, sebelum melanggar pekerja terbabit yang sedang bertugas sebagai traffic controller (pengawal lalu lintas) untuk pembinaan jambatan di sebelah kiri jalan.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian melanggar belakang kren yang sedang beroperasi di kiri jalan.

“Impak perlanggaran menyebabkan kedua-dua manga tercampak ke hadapan. Akibat kemalangan tersebut, pemandu motokar Proton Saga BLM berumur 23 tahun dan kedua-dua petugas traffic controller berumur 25 serta 28 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kren tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat, menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, media melaporkan, tiga lelaki termasuk dua pekerja keselamatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kren di Jalan Syed Putra.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, K Segar dilaporkan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 3.46 pagi, sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah digegaskan ke lokasi.

“Seorang pemandu lelaki didapati tersepit dalam kereta, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera akibat dilanggar kereta terbabit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan pemandu yang tersepit, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jelasnya, dua pekerja keselamatan itu yang menjaga kren dan cedera kemudian turut disahkan maut oleh petugas ambulans.

“Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran