web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Tiada Tindakan Terhadap Rasuah Kerana Pemimpin Tak Beri Arahan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 8:21PM

Anwar (tengah) ketika berucap pada sesi penggulungan di Kongres Khas PKR di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiadaan tindakan diambil kerajaan sebelum ini berhubung kes rasuah, berpunca daripada kekurangan arahan daripada pihak berkuasa.

Katanya, ia berbeza dengan pendekatan diambil Kerajaan Perpaduan pimpinannya hari ini, apabila mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya tidak ketinggalan dalam perkara berkaitan rasuah.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, beliau tidak pernah mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat individu tertentu dan penguatkuasaan undang-undang serta badan kehakiman mesti bebas daripada campur tangan politik.

“Ada mempersoalkan, kenapa tidak sebelum ini (tindakan membanteras rasuah)? Ini kerana pemimpin terdahulu tidak pernah memberi arahan sedemikian. Pemimpin sekarang sudah mengarahkan agar semua badan ini bertindak secara bebas dan telus.

“Sesiapa yang ‘sakau’ (siphon), tangkap mereka.

“Namun, pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara. Saya tidak tahu kes mana yang mempunyai asas kukuh untuk pendakwaan. Dan untuk hukuman, ini adalah tugas badan kehakiman. Saya tidak akan tahu keputusan hakim (sebelumnya),” katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Khas PKR di sini, hari ini.

Aktor Farid Kamil turut hadir di Kongres Khas PKR di sini, hari ini.
Aktor Farid Kamil turut hadir di Kongres Khas PKR di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN), termasuk Pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa dengan pelbagai pertuduhan rasuah berkaitan salah laku semasa menjadi kerajaan.

Pemimpin dan penyokong pembangkang menyifatkan langkah itu, sebagai penganiayaan politik yang bertujuan memburukkan PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengulas lanjut mengenai tindakan diambil terhadap mereka yang disyaki rasuah, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa hairan mengapa segelintir pihak terus bersungguh-sungguh membela mereka yang terbabit.

“Malah, ada pemimpin parti Islam membela, konon kerajaan zalim. Macam mana? Tahu ke kes ini, apa pertuduhan?” katanya merujuk kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Anda mempertahankan parti yang ‘menyedut’ RM200 juta dana awam. Islam jenis apa ini? Saya tidak faham,” katanya.

 ‘Memastikan tender terbuka adalah pencapaian saya yang paling membanggakan’

Dari kiri kanan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Dari kiri kanan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Kemudian, Anwar berkata, pencapaian Kerajaan Perpaduan paling membanggakannya ialah keperluan untuk semua projek menjalani proses tender terbuka yang telus.

Tambahnya, perkara itu tidak akan berlaku di bawah kerajaan terdahulu.

“Jika anda bertanya kepada saya apa yang saya banggakan dalam Kerajaan Perpaduan ini, kita memantau kerja dan kontrak kita di kementerian dan memastikan semuanya mematuhi proses tender bersih supaya tiada penyelewengan dana boleh berlaku.

“Bolehkah anda bayangkan ini berlaku dalam pentadbiran lepas? Bagi saya, ini adalah satu kejayaan besar. Kami mahu memastikan tiada dana boleh dicuri,” katanya.

Di sebalik kejayaan itu, Anwar menyatakan bahawa pembangkang terus menuduh kerajaan sebagai pengkhianat dan membuat dakwaan palsu.

Namun, beliau mengulangi bahawa dia tidak akan melakukan perbuatan itu, kerana dia pernah melalui pengkhianatan sama pada masa lalu, sebagai merujuk kepada penganiayaan undang-undang yang pernah dihadapinya.

“Saya sudah melalui masa sukar dan saya jadikan ini sebagai pengajaran dan peringatan untuk memastikan tiada kezaliman (kerajaan saya) terhadap mana-mana pemimpin, termasuk pembangkang.

“Tetapi jangan cari alasan seolah-olah Ketua Pembangkang tidak boleh didakwa langsung,” katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Khas PKR di sini, hari ini. – The Vibes, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek