web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jabatan Imigresen Tahan 61 Warga Asing Dalam Serbuan Kampung Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 9:59AM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 61 pendatang tanpa izin dalam satu operasi di sebuah perkampungan haram di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Perindustrian Air Hitam di sini malam tadi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebanyak 32 lelaki dan 29 perempuan warga Indonesia termasuk 18 kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam.

Beliau berkata hasil risikan mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak enam tahun lepas dengan menempatkan sebanyak 30 hingga 40 rumah yang dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

“Warga asing ini dipercayai menggunakan bekalan elektrik dan air curi serta tandas yang mereka bina juga terus disalurkan ke dalam sungai. Keadaan kawasan penempatan di situ sangat kotor dan tidak layak untuk didiami, saya khuatir ia akan memberi ancaman kesihatan.

“Saya juga sempat melihat cara kehidupan mereka di sini, ada yang bercucuk tanam seperti cili, ubi dan pisang serta memelihara ayam kampung bagi menyara kehidupan. Kebanyakan warga asing ini bekerja sebagai tukang cuci di kawasan sekitar,” katanya selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen di sini hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan, lebih 30 penghuni dipercayai berjaya meloloskan diri dengan menyusuri muara sungai berdekatan.

Pemerhatian Bernama juga mendapati penempatan terbabit turut dilengkapi dengan surau, kedai runcit dan gelanggang badminton.

Khairul Dzaimee berkata serbuan itu dilakukan berdasarkan aduan daripada penduduk setempat yang mendakwa terdapat penempatan tersorok didiami warga asing di dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Hasil aduan, anggota saya menyamar dan menggunakan dron bagi melihat keseluruhan kawasan ini. Kami mendapati terdapat sebuah penempatan asing di sini,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan semakan pihaknya, kesemua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tujuh daripada mereka memiliki Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang dikeluarkan Kedutaan Indonesia untuk pulang ke negera mereka semasa musim pandemik COVID-19.

“Kesemua mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata operasi itu melibatkan 195 anggota imigresen serta 10 pegawai Jabatan Pendaftaran dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar