web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Hantaran Facebook Kaitkan KBS Dengan Gerakan Kristian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

ACP Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Che’Gubard Original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan Kristian Evangelist.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata siasatan turut dijalankan kerana hantaran itu menuduh kementerian berkenaan menyalurkan dana kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengajak belia bukan Kristian melawat gereja.

Beliau berkata semakan pihak polis mendapati hantaran berkenaan telah menerima 544 komen, 377 perkongsian dan 448 respons sejak dimuat naik tiga hari lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengulas isu tersebut secara provokasi yang mungkin boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Beberapa hari lalu, Pengerusi (Penaja) Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gubard menerusi hantaran di Facebooknya, telah mendakwa terdapat sebuah NGO dengan dana daripada KBS sedang mencari belia bukan Kristian untuk dibawa melawat gereja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad