web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjutkan Kepada 5 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:19PM

Tiong King Sing - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan tempoh sah lesen bagi pengusaha pelancongan serta pemandu pelancong daripada tiga tahun kepada lima tahun.

Bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pengusaha dan pemandu pelancong tersebut perlu mematuhi syarat yang ditetapkan kementerian.

“Kalau tidak, sama ada kita (MOTAC) akan batalkan lesen mereka atau kita kurangkan tempohnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di sini hari ini.

MOTAC adalah kementerian yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Peraturan-Peraturan dengan antara lain melesenkan pengusaha pelancongan di bawah Seksyen 5 dan pemandu pelancong di bawah Seksyen 21.

Dalam perkembangan lain, Tiong berkata MOTAC dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memperincikan cadangan penutupan Jalan Alor, Bukit Bintang di sini daripada dilalui kenderaan dari 5 petang hingga 2 pagi.

Beliau berkata ini kerana terdapat banyak aduan oleh pengunjung serta pejalan kaki di kawasan itu yang bimbang mengenai keselamatan mereka memandangkan banyak kenderaan melalui jalan tersebut.

“Selain itu, kita juga akan menaik taraf Jalan Alor bagi menjadikan ia seperti tempat pelancongan. Kita mahu mewujudkan lebih banyak kedai sebagai tempat pelancongan,” katanya.

MATTA Fair diadakan bermula hari ini hingga Ahad bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan 1,416 reruai dibuka kepada pempamer. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dasar Kerajaan Jelas, ‘Minuman Keras Tidak Dibenarkan Dalam Acara Rasmi’ - PM

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad