web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Saman Fitnah: MB Kedah Nafi Berniat Jahat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 5:47PM

Muhammad Sanusi menegaskan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ tahun lepas.

Muhammad Sanusi, 48, dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab saman fitnah Perdana Menteri terhadapnya sebaliknya berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Plaintif selaku seorang politikus seharusnya berani bertanggungjawab atas fakta-fakta yang dinyatakan oleh saya dan tidak tersinggung dengan teguran, saranan dan kritikan yang dibuat oleh saya dan masyarakat,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 13 Februari lepas.

Pada 11 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Menteri Besar Kedah itu memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu, selewat-lewatnya 13 Februari.

Saman yang difailkan pada 13 Disember tahun lepas berkenaan berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ yang didakwa mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral.  

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya turut menegaskan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana juga plaintif yang bukan sahaja mengkritik, bahkan membuat tuduhan ke atas parti lawan dalam tempoh kempen pilihan raya.

“Oleh demikian, ucapan tersebut memberi sudut pandang berbeza dan kritikan ke atas plaintif bersandarkan kepada fakta dan rekod yang benar berkaitan plaintif tidak seharusnya disekat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Anwar menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 13 Mac lepas menegaskan bahawa hak defendan untuk kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada pelbagai sekatan dan ceramah politik termasuk dalam peruntukan di bawah Akta Fitnah 1957.

Menurut Anwar, defendan mengungkapkan kata-kata fitnah itu kepada pengundi di Tambun dan ia bukan kawasan pilihan raya defendan.

Anwar, 75, dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 13 November tahun lepas Muhammad Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Menurut Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Menurut Presiden PKR itu, pada 14 Nov 2022, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam