Berita Terkini

9 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 10 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 10 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 10 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 10 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Pendakwaan Salah: Sundra Rajoo Tidak Teruskan Saman Terhadap Tommy Thomas Dan 12 Lagi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 3:18PM

N Sundra Rajoo - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N Sundra Rajoo tidak akan meneruskan samannya terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan 12 pihak lain berhubung penahanan dan pendakwaan salah terhadapnya berkaitan kes pecah amanah wang AIAC.

Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.

Berdasarkan sistem mahkamah, notis pemberhentian itu menyatakan Sundra Rajoo selaku plaintif memberhentikan sepenuhnya tindakan saman yang difailkannya pada 15 Oktober 2021 terhadap defendan-defendan tanpa perintah untuk kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tuntutan saman tersebut.

Perkara itu disahkan oleh peguam TJ Lee, yang mewakili Sundra Rajoo ketika dihubungi hari ini.

Menurut Lee, saman itu tidak diteruskan kerana penyelesaian kes dicapai dengan kerajaan Malaysia dan satu daripada terma penyelesaian ialah untuk menarik balik kes.

“Namun syarat-syarat perjanjian penyelesaian tidak dapat didedahkan,” kata peguam itu.

Pada 21 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Thomas dan 12 lagi selaku defendan untuk membatalkan saman Sundra Rajoo selepas memutuskan bahawa saman itu bukanlah kes yang sesuai dan wajar untuk dibatalkan kerana ia bukan kes yang mudah kerana fakta naratif dalam pernyataan tuntutan melebihi satu halaman.

Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan rayuan itu sepatutnya didengar pada 13 Jun ini di Mahkamah Rayuan.

Selain Thomas, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull, beberapa pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Khong Hui Li, Mohd Adrian Zaiman Zainiar, Md Yusrin Md Yusof, Mohd Fadhly Mohd Zamry, T Nesavan, G Sharan Raj, Hasmizzy Md Hasim, Kamal Baharin Omar dan Mohd Zaki Mohd Salleh serta SPRM dan kerajaan Malaysia.

Pernyataan tuntutan Sundra Rajoo mendakwa, atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas, pegawai SPRM Mohd Adrian serta Md Yusrin telah menahannya secara salah dari 8 malam pada 20 November 2018 hingga 5 petang, 21 November 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa penahanan itu bercanggah dengan Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sundra Rajoo mendakwa Mohd Adrian dan Md Yusrin telah menahannya walaupun telah dimaklumkan bahawa beliau telah diberikan keistimewaan serta kekebalan ejen diplomatik atas kapasitinya sebagai Pengarah AIAC ketika itu.

Susulan itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah ditahan reman serta disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengarah AIAC dan akibat penahanan itu, beliau telah diejek manakala reputasinya turut terjejas.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Korupsi Dalam Kalangan Anggota Penguat Kuasa Semakin Kronik, Membimbangkan - SPRM

2

Semasa 19 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

3

Semasa 3 hari yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

4

Semasa 6 hari yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Haji, Sila Jawab Segera Surat Tawaran, Sahkan Tempat Anda - TH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Sasar Muktamad Pelan Subsidi Diesel Menjelang Ogos – Ahmad Maslan

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam