web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NGO Gesa Siasatan Video Mirip Azmin Dibuka Semula, Hamzah Langgar OSA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 12:37PM

Mohd Zarir Md Nor (dua kiri) berkata, ia bertujuan untuk mengetahui kebenaran dan fakta sebenar individu di sebalik video yang tersebar itu. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung kes video intim didakwa mirip mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tular di media sosial sebelum ini.

Wakil NGO terbabit, Mohd Zarir Md Nor berkata, ia bertujuan untuk mengetahui kebenaran dan fakta sebenar individu di sebalik video yang tersebar itu.

Malah katanya, ia juga bagi memastikan pelaku sebenar ditahan dan didakwa di mahkamah.

“Saya bukanlah mahu menuduh sesiapa, tetapi untuk memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan pelaku di dalam video ditangkap serta dihukum.

“Sekiranya kertas siasatan dibuka semua, ia dapat memastikan Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali terlibat atau tidak dalam video terbabit,” katanya menerusi laporan polis yang dikongsikan hari ini.

Katanya lagi, laporan polis itu dibuat kerana video yang tular sebelum ini boleh menjejaskan imej dan reputasi Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, sehingga memberi kesan kepada keluarga beliau.

“Oleh itu, penting bagi polis mengambil tindakan secepat mungkin bagi memastikan kebenaran dan fakta sebenar dapat diketahui dengan tepat.

“Saya harap agar pihak polis dapat menyelesaikan isu itu dengan segera dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap integriti dan keadilan sistem undang-undang negara ini,” katanya.

Mohd Zarir hadir bersama beberapa ahli NGO terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Rabu lalu.

Enam NGO terbabit termasuk Pertubuhan Khidmat Rakyat, Pertubuhan Amal Kebajikan Ukhwah Anak Malaysia (PAKUAM), Pertubuhan Gagasan Keadilan dan Gabungan Anak Sarawak (GASAK) Melaka.

Pada 12 Jun 2019, bekas Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dalam video seks tular, sekaligus menamakan Azmin sebagai pasangannya.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh mantan Timbalan Presiden PKR itu yang menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Pada 2020, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, siasatan terhadap video seks tersebut tidak dapat diteruskan atas faktor teknikal.

Malah pada Januari 2020, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan membuat pendakwaan berhubung kes tersebut kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil NGO terbabit, Md Yusoff Ahmad turut membuat laporan polis terhadap mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan kenyataan yang mendakwa beliau memiliki fail berkaitan beberapa pemimpin kerajaan.

Jelasnya, tindakan Hamzah menyimpan fail pemimpin kerajaan sewaktu beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan satu kesalahan.

“Datuk Seri Hamzah Zainudin bersubahat dalam menyembunyikan fail tersebut dan ia tindakan tidak berintegriti.

“Malah beliau juga melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sekiranya membocorkan maklumat rahsia kerajaan,” katanya.

Tegas Md Yusoff, laporan polis itu dibuat kerana mereka menolak sebarang salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan mahupun parti pembangkang.

Terdahulu, Hamzah yang merupakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa beliau mempunyai banyak fail berkaitan beberapa pemimpin kerajaan.

Ahli Parlimen Larut itu turut mengugut akan mendedahkan isi kandungan fail tersebut jika kerajaan terus mengganggu (dikenakan tuduhan) pemimpin Perikatan Nasional, khususnya BERSATU. – Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan