web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roger Ng Dakwa Tak Boleh Pulangkan AS$35 Juta Diambil Daripada 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 12:24PM

Roger Ng - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng yang akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, dia tidak boleh membayar AS$35 juta (RM156.91 juta) kerana kerajaan Malaysia sudah mengambil ‘kesemua wang miliknya’.

Bloomberg melaporkan bahawa Roger diminta membayar sejumlah wang itu oleh pendakwa raya AS, sebagai pelucuthakan keuntungan yang diperoleh secara haram daripada penipuan membabitkan firma pelaburan Malaysia berkenaan.

Pendakwa raya membuat permintaan itu apabila Roger dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 9 Mac di Mahkamah AS. 

Peguamnya, Marc Agnifilo, berkata, tiada penalti lain diperlukan dan Roger tidak mempunyai dana.

Roger, 51, berhujah bahawa AS$35 juta dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia. Jumlah itu adalah wang yang dipercayai sogokan diterimanya.

Lapor Bloomberg pada Rabu, hakim daerah AS Margo Brodie di Brooklyn, New York, memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah mengenai jumlah rampasan, sama ada ia melanggar undang-undang yang melarang ‘denda berlebihan ditambah dengan hukuman tegas dan luar biasa’.

Roger mendakwa bahawa jumlah dilucuthakkan adalah ‘sangat tidak seimbang".

Roger didapati bersalah pada April tahun lalu kerana bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dan mantan bosnya di Goldman Sachs, Tim Leissner untuk melakukan pengubahan wang daripada 1MDB.

Leissner yang memberi keterangan terhadap bekas pegawai bawahannya, mengaku bersalah dan akan dijatuhkan hukuman pada September ini. – The Vibes, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad