web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Kuota Minyak Masak Bersubsidi Peniaga Kecil Diteliti Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:00AM

Kementerian juga dalam usaha mengenalpasti mekanisme bersesuaian untuk agihan secara bersasar kepada kumpulan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semula jumlah kuota dan kuota khas minyak masak bersubsidi untuk kegunaan peniaga kecil, selain industri mikro.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya juga dalam usaha mengenalpasti mekanisme bersesuaian untuk agihan secara bersasar kepada kumpulan berkenaan.

Katanya, ia kerana KPDN mendapati kelonggaran syarat mengenai penggunaan minyak masak peket bersubsidi itu, tidak boleh berterusan secara berpanjangan.

“(Ia) kerana situasi itu mewujudkan persaingan di antara kumpulan peniaga kecil dan pengguna untuk mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin mengenai apakah ada usaha atau mekanisme untuk memberikan subsidi khas bersasar minyak masak, bagi kegunaan perniagaan kepada peniaga kecil pinggir jalan yang majoritinya golongan B40.

Salahuddin memaklumkan, Kerajaan Perpaduan amat prihatin terhadap kumpulan peniaga kecil dalam kalangan B40 dan usaha mereka untuk menyediakan makanan bermasak pada harga berpatutan kepada pengguna.

Menurutnya, KPDN mengakui penggunaan minyak masak peket bersubsidi, dapat membantu peniaga kecil terbabit daripada mengambil langkah untuk meningkatkan harga jualan.

“Sehubungan itu, KPDN sudah melaksanakan penguatkuasaan berimbang (balanced enforcement) di mana penggunaan minyak masak peket bersubsidi oleh peniaga kecil ini, sudah diberikan kelonggaran dan tidak diambil tindakan.

“Langkah ini juga membantu memastikan harga makanan bermasak tidak meningkat dan membebankan pengguna yang membeli,” katanya.

Pada Februari lalu, Salahuddin dilaporkan berkata, KPDN melihat cadangan penambahan kuota bekalan minyak masak peket bersubsidi di negara ini sebagai relevan.

Bagaimanapun, katanya, penambahan kuota bekalan minyak masak bersubsidi itu perlu dibincangkan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang membabitkan 11 kementerian, sebelum ia boleh diputuskan Kabinet. – Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 57 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini