web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Wakil UMNO Hadiri Kongres Nasional Khas PKR?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 5:21PM

Saifuddin Nasution pada sidang media berhubung penganjuran Kongres Nasional Khas PKR yang akan berlangsung di Shah Alam, Sabtu ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALALUMPUR – Kehadiran wakil UMNO ke Kongres Nasional Khas PKR yang akan berlangsung di Shah Alam, Sabtu ini masih menjadi tanda tanya.

Ia berikutan ‘rakan baharu’ PKR itu akan mengadakan pemilihan partinya pada hari sama kongres berkenaan berlangsung.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak mengesahkan atau sebaliknya berhubung perkara itu ketika ditanya media.

“UMNO mengundi hari itu. Jangan ganggu mereka. Mereka sedang mengundi,” katanya pada sidang akhbar berhubung penganjuran kongres berkenaan.

Diaju sama ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi parti di bawah Kerajaan Perpaduan menyertai acara itu nanti, Saifuddin Nasution berkata, kongres itu memberi fokus kepada komponen Pakatan Harapan (PH).

“Fokus kita (PKR) ini adalah PH,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, daripada senarai jemputan, kongres itu dijangka turut dihadiri duta asing. 

“Jemputan sudah dapat beberapa pengesahan, terutama daripada parti PH merangkumi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP dan AMANAH (Parti Amanah Negara).

“(Ketiga-tiga parti) Semua sudah sahkan kehadiran,” katanya. – Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad