web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Tidak Kompromi Sebarang Pelanggaran Terma Libat Syarikat Laksana Sistem IDME, MOEIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 1:14PM

KPM akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi pelaksanaan audit teknikal dalam sistem itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran terma dan syarat yang telah ditetapkan kepada syarikat pelaksana Sistem Pengurusan Identiti (idMe) dan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM menyedari terdapat gangguan capaian pada kedua-dua sistem itu dan mengesan gangguan mula berlaku pada 19 Jan lepas disebabkan isu teknikal dan penggunaan sistem.

"Isu tersebut telah diselesaikan pada 11 Feb 2023. Prestasi sistem terus dipantau bagi memastikan ia sentiasa beroperasi dengan baik bagi meminimumkan gangguan capaian. 

"KPM telah mengenal pasti punca masalah kepada keseluruhan sistem ini dengan mengambil kira pengurusan sistem secara keseluruhan serta kompetensi personel bagi memantapkan lagi pelaksanaan sistem tersebut," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu sama ada KPM akan melakukan teknikal audit ke atas idMe dan MOEIS yang sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru-guru.

Fadhlina berkata KPM akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi pelaksanaan audit teknikal dalam sistem itu.

“Hasil audit ini bagi menambah baik sistem sedia ada, serta perancangan sistem KPM yang akan datang. Kita jangkakan audit ini akan dilaksanakan pada suku kedua 2023,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga hari ini, secara keseluruhan 89 peratus sekolah di seluruh negara telah selesai memasukkan data dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) di bawah MOEIS melalui idMe manakala bakinya mempunyai pilihan untuk memasukkan data sama ada melalui SPPB atau secara luar talian. 

Menurutnya tiga negeri menggunakan SPPB 100 peratus iaitu Kelantan, Sarawak dan Labuan manakala Perlis mencapai 99 peratus pengisian ke dalam sistem berkenaan. 

Fadhlina berkata Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian melibatkan beberapa modul yang dibangunkan secara berasingan iaitu idMe, MOEIS Modul Institusi, MOEIS Modul Murid dan SPPB. 

Katanya, MOEIS dibangunkan secara dalaman manakala idMe dan SPPB dibangunkan secara penyumberluaran kepada dua syarikat berbeza. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan