web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan Terlibat Samun Berkumpulan Di Iskandar Puteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 11:13AM

Hasil siasatan mendapati kedua-dua warga tempatan itu dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun melibatkan seorang lelaki pada 9.45 pagi, hari sama. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tidak sampai 24 jam, dua lelaki berjaya ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di hadapan lobi sebuah bangunan kondominium, Puteri Harbour, dekat Iskandar Puteri, empat hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua warga tempatan itu dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun melibatkan seorang lelaki pada 9.45 pagi, hari sama.

Beliau berkata suspek berusia 40 dan 45 tahun itu ditahan di sekitar Iskandar Puteri masing-masing pada 10.15 pagi dan 9 malam, pada hari yang sama. 

Polis turut merampas wang tunai RM10,000 dan parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, kata Rahmat dalam kenyataan hari ini.

"Kedua-dua lelaki yang ditahan mengaku terlibat dalam kes itu dengan melanggar kereta seorang lelaki dan mencederakan mangsa dengan parang.

"Siasatan masih diteruskan untuk mencari tiga lagi individu dipercayai masih bebas," katanya.

Seorang daripada suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau samun dan kedua-dua suspek direman mulai semalam hingga 18 Mac ini.

Rahmat berkata mangsa yang bekerja sebagai peniaga dalam talian, mengalami kecederaan di kepala selepas ditetak dalam kejadian itu, bagaimanapun stabil dan telah dibenarkan pulang daripada sebuah hospital swasta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Rompakan Berkumpulan).

Rahmat berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu dikehendaki tampil ke Ibu Pejabat Iskandar Puteri bagi membantu siasatan. 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi lebih dua minit memaparkan tiga lelaki bersenjatakan parang menyerbu sebuah kereta dengan dua kereta lain menghalang hadapan dan di belakang kereta tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Serang Polis Dengan Parang, Suspek Kes Bunuh Maut Ditembak

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Antara 2 Ditahan Kerana Samun Bersenjata Di USJ

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Hanya Kerana Lewat Hantar Minuman, Pekerja Restoran Parah Ditetak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad