Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Wanita Antara 2 Ditahan Kerana Samun Bersenjata Di USJ

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 3:58PM

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 31 dan 26 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Klang dan Kuala Langat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita antara dua ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun berkumpulan dan bersenjatakan parang di sebuah rumah di USJ 9, Subang Jaya, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia  31 dan 26 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Klang dan Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa seorang kerani wanita berumur 43 tahun sedang tidur dalam bilik di tingkat atas dikejutkan suspek lelaki sambil mengacukan parang sebelum mengikat tangannya menggunakan wayar pengecas.

“Suspek turut mengikat tangan ayah mangsa sebelum membawa mereka turun ke tingkat bawah rumah selain turut mengikat pembantu rumah dengan wayar seterika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata kedua-dua suspek mengeledah rumah dan mengambil antaranya barangan kemas, telefon bimbit dan wang tunai melibatkan kerugian kira-kira RM7,000 sebelum melarikan diri dengan kereta yang dipandu seorang lelaki di hadapan rumah mangsa.

Menurutnya kedua-dua suspek yang berjaket coklat, seluar jeans biru, memakai pelitup muka dan sarung tangan memanjat tembok bahagian tepi rumah sebelum masuk melalui tingkap yang terbuka di tingkat atas. 

“Rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran sedang diteliti untuk membantu siasatan dan polis turut merampas antaranya sebuah kereta, dua telefon bimbit, sebuah tablet, dokumen dan beg berkaitan kes ini," katanya.

Beliau berkata hasil penahanan kedua-dua individu itu polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjatakan parang dan satu kes pecah rumah yang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes diminta menghubungi Pusat kawalan daerah, Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat Insp S. Anthony John di talian 016-2093470. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Cari Wanita Kantoi Curi Barangan Jemaah Masjid

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditahan Terlibat Samun Berkumpulan Di Iskandar Puteri

3

Politik 1 minggu yang lalu

Hanya Keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Belum Boleh Dimuktamadkan - Shahrir

4

TARA 1 minggu yang lalu

Pemerkasaan Wanita Dalam Dunia Teknologi Dan Digital

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Murid Perempuan 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwa Terbabit Batalkan Pengecualian Cukai, MOF Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Walau Harga Meningkat, Jualan Peniaga Bazar Ramadan Tetap Laku

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori ‘Kantoi’ Cuba Seludup 1,500 Liter Diesel Bersubsidi

oleh Sofian Baharom