web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Gangguan Sistem IDME Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:12AM

Perkara itu dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kepada KPM pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) yang didakwa sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru dijangka dibangkitkan di mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bertanyakan sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan teknikal audit ke atas sistem berkenaan dan tindakan terhadap syarikat vendor yang gagal pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) bertanyakan Menteri Komunikasi dan Digital sama ada kementerian itu berhasrat meminda  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, untuk memastikan ia tidak disalah guna.

Dalam pada itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) bertanyakan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu lebih banyak syarikat startup (permulaan) supaya mereka dapat berjaya dan mewujudkan unicorn yang boleh dibanggakan di Malaysia.

Dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama, hari ini.

Mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi hari keempat melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam