Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga 5G Malaysia 13 Sen Setiap GB ‘Termurah’ Di Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:07AM

Kos borong 5G yang rendah kepada syarikat telekomunikasi akan diterjemahkan kepada harga lebih murah untuk pengguna dan perusahaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Tawaran Digital Nasional Bhd (DNB) bagi sambungan internet ultra laju (5G) kepada syarikat telekomunikasi (telco) pada harga hanya 13 sen setiap gigabit (GB) adalah antara kadar terendah untuk perkhidmatan tersebut di seluruh dunia, kata sumber dalaman industri.

Sumber itu yang enggan namanya didedahkan berkata, harga borong campuran DNB kepada syarikat telekomunikasi itu antara 12 sen dan 13 sen setiap GB, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching pada Isnin lalu adalah "termurah di dunia" .

“Rangkaian borong dwi dijangka menghasilkan kapasiti 5G pada kos 50 peratus lebih tinggi berbanding rangkaian borong tunggal,” katanya mengenai model kendalian kerajaan untuk pelancaran 5G.

Malah, kos borong 5G yang rendah kepada syarikat telekomunikasi akan diterjemahkan kepada harga lebih murah untuk pengguna dan perusahaan.

Justeru, pakej data tanpa had 5G di Malaysia adalah antara yang terendah harganya di dunia.

Semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Nie Ching berkata, kadar 13 sen yang ditawarkan DNB dilakukan melalui tawaran akses rujukan, yang lebih rendah berbanding kos semasa perkhidmatan 5G pada RM1.68 setiap GB.

Katanya, langkah memperluaskan liputan rangkaian 5G sebagaimana yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 mampu menurunkan lagi harga internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini.

“Jadi memang kami percaya dengan (langkah) liputan rangkaian 5G diperluaskan lagi, harga Internet kita bolehlah diturunkan lagi,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu sama ada kos perkhidmatan 5G boleh dikurangkan sekiranya perkhidmatan itu telah dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Nie Ching berkata, buat masa ini tahap pelaksanaan perkhidmatan 5G adalah 54.7 peratus dan KKD yakin dapat mencapai sasaran 80 peratus liputan untuk kawasan berpenduduk seperti Cameron Highlands (Pahang) dan Sibu (Sarawak) pada akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan kos pelaksanaan perkhidmatan 5G akan terus kekal pada  RM16.5 bilion bagi membolehkan pengguna menikmati Internet pada harga munasabah.

Bagi menjawab soalan tambahan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) sama ada DNB akan terus dimiliki oleh Kementerian Kewangan atau diberi kuasa kepada syarikat telekomunikasi (telco) lain, Nie Ching berkata, perbincangan mengenainya telah dimulakan supaya syarikat telco turut mempunyai agihan saham dalam DNB.

“Tetapi setakat ini perjanjian (perbincangan) itu belum dimuktamadkan lagi dan memang kami (KKD) bersama syarikat telco tengah membuat libat urus, sebab syarikat telco ada beberapa pertanyaan kalau mereka memperoleh saham DNB, apa hak mereka sebagai pemilik saham?

“Jadi ada butiran yang perlu diperhalusi sebelum syarikat telco buat keputusan akhir,” katanya. 

Sementara itu menjawab soalan asal Guan Eng yang meminta KKD menyatakan kos dan kualiti perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh syarikat kepada pengguna dan usaha untuk mengurangkannya lagi sehingga ia adalah terendah di ASEAN, Nie Ching berkata, harga yang ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Menurut beliau, sekiranya pasaran gagal berfungsi secara efisien, maka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh campur tangan dalam menetapkan harga.

“Namun demikian, SKMM mengawal selia harga capaian di peringkat borong melalui instrumen perundangan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori Harga Capaian (MSAP) dan kajian mengenai harga capaian ini dibuat secara berkala.

“Melalui kawal selia di peringkat borong tersebut, ia secara tidak langsung boleh mengurangkan harga di peringkat runcit, kepada pengguna ke tahap yang lebih berdaya saing,” katanya.

Katanya, perkhidmatan 5G baru ditawarkan di Malaysia dan buat masa ini, pembekal perkhidmatan mengamalkan konsep teknologi neutral dalam penawaran harga dengan tiada perbezaan antara perkhidmatan 5G dan 4G. – The Vibes, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Cedera - Bomba

oleh Wartawan Getaran