web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tambah Baik Modul Penghayatan Pendidikan Islam Di KEMAS Mulai Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 4:54PM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berswafoto pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayan (JKKN) negeri Kelantan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan menambah baik kurikulum pendidikan Islam sedia ada di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan memperkenalkan modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) mulai pengambilan tahun ini seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kita akan memberi penekanan terhadap dua aspek iaitu ibadah dan pengajian al-Quran membabitkan sebanyak 250,000 kanak-kanak termasuk pengambilan baharu.

"Penambahbaikan modul PPI ini turut merangkumi penyusunan semula kandungan modul keseluruhan mengikut kesesuaian tahap kanak-kanak berusia lima dan enam tahun secara spesifik.

"Aplikasi kaedah pembelajaran dan pemudah cara yang bersifat kontemporari, berkonsep didik hibur selaras dengan era digital berasaskan kompetensi dengan pengekalan identiti jati diri KEMAS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Kakitangan KEMAS Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan negeri, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pemerkasaan kualiti serta kompetensi itu turut melibatkan tenaga pengajar dengan siri latihan kemahiran profesional dan ikhtisas yang diiktiraf.

"Kita juga beri jaminan tidak akan mengetepikan murid-murid yang bukan beragama Islam dengan memberi peluang kepada mereka memulakan pendidikan dalam agama masing-masing kerana negara kita mengamalkan kebebasan beragama kepada semua rakyat," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga berhasrat memperkenalkan modul Komunikasi Digital dalam masa terdekat kepada kalangan pemaju dan pendidik KEMAS selari dengan peredaran teknologi masa kini.

"Bagi merealisasikan hasrat ini, saya memberi tanggungjawab kepada KSU KKDW untuk mengusahakan peruntukan bagi memberi komputer riba kepada semua pemaju dan pendidik KEMAS," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad