web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Syarikat Pengurusan Acara Didakwa Buat Ugutan Bunuh Kumpulan Radja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 1:40PM

C. S. Muremthiram - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Indonesia, Radja, Sabtu lepas.

C. S. Muremthiram, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mahu membunuh ahli kumpulan itu iaitu Ian Kasela, 49; Seno Aji Wibowo, 43; dan Mouldyanshah Mulyadi, 49; dengan niat menyebabkan mereka berasa cemas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik rehat artis berkenaan di Stadium Arena Larkin pada 11 malam, Sabtu lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Amarpreet Singh.

Hadir sama peguam pemerhati bagi kumpulan Radja dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Johor Bahru Mohd Daud Ismail.

Terdahulu, Sharifah Natasha memohon jaminan RM8,000 dan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu kumpulan itu dan saksi pendakwaan.

Amarpreet memohon wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung isteri, ibu bapa yang uzur serta dua adiknya.

Selain itu, tertuduh yang berpendapatan sekitar RM3,000 sehingga RM3,500 terpaksa menanggung kerugian hampir RM300,000 daripada penganjuran konsert Radja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Selepas Ungu, Konsert Slank Dan Radja Juga Ditunda Kerana PRU-15 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar