web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Tiada Dalam Cai Tak Mengapa, Mohon Ingat Nombor Calon Saya - Isham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 9:02PM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendedahkan tular satu cai yang menyenaraikan beberapa calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diedarkan pihak tertentu kepada perwakilan di akar umbi.

Namun Isham yang bertanding merebut jawatan tersebut mendakwa namanya tiada dalam senarai cai yang tular itu.

Justeru, beliau memohon kepada perwakilan supaya tidak bergantung kepada senarai cai itu ketika mengundi pada Sabtu ini.

“Nama saya tidak ada dalam cai tersebut. Tidak mengapa, saya tidak boleh paksa sesiapa untuk masukkan nama saya dalam cai atau papan mereka.

“Namun kepada akar umbi UMNO yang masih ingin mengundi saya, mohon ingat nombor calon saya iaitu nombor 36 semasa di peti undi nanti, sebab nombor ini mungkin tidak ada dalam senarai cai yang disebarkan kepada anda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Isham, beliau tidak mampu menawarkan wang ringgit atau berjanji jawatan apa-apa kepada perwakilan yang mengundinya.

Namun katanya, beliau berharap perwakilan akan mempertimbangkan perjuangannya dalam membantu UMNO selepas parti tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kehilangan kuasa.

“Apa yang saya mampu tawarkan ialah komitmen saya terhadap perjuangan kita selama ini, seperti saya lakukan selama beberapa tahun sejak kita kalah pilihan raya dan hilang kuasa pada tahun 2018, dengan iktiar serta sumber saya sendiri walaupun tanpa apa-apa balasan, peruntukan atau gaji.

“Pengorbanan ini saya lakukan sebab saya yakin perjuangan kita ini masih jauh dan banyak perubahan yang perlu kita buat supaya parti kita diterima semula oleh rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata akan menerima apa jua calon pilihan perwakilan bagi jawatan tersebut pada pemilihan kali ini.

“Kalah atau menang saya serah kepada tuan-tuan dan puan-puan serta ketentuan Allah SWT. Jika saya berjaya, saya akan teruskan perjuangan dalam kepimpinan parti.

“Jika saya tidak berjaya, saya mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan tetap teruskan perjuangan bersama kepimpinan parti serta majlis tertinggi. Saya akan bantu dan sokong walaupun tidak berada dalam kepimpinan parti. Jangan patah semangat dan terus istiqamah dalam perjuangan,” katanya.

Pemilihan UMNO dijadualkan berakhir 18 Mac dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa Bahagian bersama pemilihan Ahli MKT.

Pemilihan sayap parti merangkumi Pemuda, Wanita dan Puteri berlangsung Sabtu lalu dengan 266 calon bersaing merebut 15 jawatan dipertandingkan. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad