web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Masyarakat Beragama Halalkan Seks Songsang - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 8:29PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan tiada masyarakat beragama yang menghalalkan hubungan seks songsang, apatah lagi di negara seperti Malaysia.

Menurut beliau, paksi bagi Malaysia ialah Islam, malah satu daripada lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai setiap rakyatnya adalah kepercayaan kepada Tuhan.

Katanya, sebarang mesej untuk menghalalkan perlakuan seks songsang adalah satu usaha normalisasi yang tidak wajar dilakukan dan dibiarkan berleluasa.

“Perjuangan yang baik seperti desakan menghentikan semua jenis keganasan berdasarkan jantina amat dialu-alukan.

“Namun, perarakan sempena Hari Wanita tidak wajar dicemari dengan mesej tuntutan yang bercanggah dengan agama Islam, budaya setempat apatah lagi undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu perarakan dipercayai berunsur agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang berlangsung di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, tindakan segera oleh pihak berkuasa untuk menyiasat perarakan tersebut amat dialu-alukan sebagai mesej sikap rasmi negara kepada rakyat Malaysia berhubung perkara itu.

Untuk rekod, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 di ibu negara Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perhimpunan diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Jelas beliau, pihaknya sudah merekodkan keterangan enam individu berusia dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun semalam bagi membantu siasatan berhubung perarakan itu.

“Mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam untuk direkod keterangan mengenai perarakan terbabit.

“Kesemua individu itu melibatkan dua penganjur serta empat peserta,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar