web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Pengarah Syarikat Didakwa Salah Guna Kuasa Harta Syarikat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 2:48PM

Ng Shih Fang (kiri) dan Ng Shih Chiow berdepan pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lalu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lepas.

Dua beradik itu Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad, melupuskan harta iaitu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire milik syarikat Revenue Group Berhad tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu, dengan mendaftarkan kereta tersebut atas nama Shih Fang (tertuduh kedua).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan di Jalan Genting Kelang di sini, pada 3 Okt 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili adik-beradik itu, memohon anak guamnya dilepaskan dengan bon jaminan sendiri, atas alasan mereka memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

“Mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana masing-masing mempunyai isteri dan anak di negara ini, malah mereka hadir ke mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada pertuduhan ini serta mempertahankan syarikat mereka,” katanya yang mengendalikan kes itu bersama peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.

Sebelum ini media melaporkan, Revenue Group Bhd menggantung fungsi eksekutif Shih Chiow dan Shih Fang berkuat kuasa serta merta, sementara menunggu siasatan lanjut berhubung aduan tertentu terhadap mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad