Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Lindungi Harimau Malaya, Perak Perkenal Pelancongan Pemuliharaan Di Berlin

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 2:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perak memperkenalkan pakej Pelancongan Pemuliharaan di International Tourism Berlin 2023 (ITB 2023), pameran dagang pelancongan terbesar dunia, memberi peluang pelancong antarabangsa bercuti sambil membantu misi pemuliharaan biodiversiti hutan Royal Belum di Perak.

Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) Mohamed Shah Redza Hussein berkata melalui pakej ditawarkan Tourism Perak dengan kerjasama MATTA itu, pelancong dapat menyumbang terus kepada misi konservasi, terutama misi melindungi spesis terancam, Harimau Malaya.

“Usaha itu antara lain dibuat sebagai inisiatif mengumpul dana bagi membiayai program MENRAQ (bermaksud ‘orang’ dalam dialek Jahai), iaitu pasukan peronda perlindungan hidupan liar di Malaysia yang dianggotai 30 belia Orang Asli suku Jahai,” katanya dalam satu kenyataan sempena lawatan ke ITB 2023 baru-baru ini.

Mohamed Shah Redza berkata dengan wujudnya MENRAQ sejak 2019, hasil inisiatif PTNP dan Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) bermatlamat melindungi spesies terancam Harimau Malaya yang kini berdepan risiko kepupusan dengan meningkatkan rondaan di hutan Royal Belum dapat dipertingkat, selain diperluaskan dalam radar lebih besar.

Hasilnya, jumlah pencerobohan ke hutan itu berjaya dikawal dan ini dibuktikan menerusi jumlah jerat harimau yang turut menurun.

“Sebelum ini beratus jerat ditemui setiap tahun, jumlahnya mula menyusut sejak 2019, dan pada 2022, hanya empat ditemui, dengan hanya dua masih aktif, manakala bakinya adalah jerat lama.

“Ia selari matlamat kami mencapai impak ke arah matlamat sifar aktiviti pemburuan haram di hutan seluruh negara, khususnya di Royal Belum,” katanya.

Sehubungan itu, masyarakat diunjur bersama-sama menyokong usaha pemerkasaan MENRAQ bagi membolehkan usaha perlindungan biodiversiti hutan Royal Belum yang menjadi kawasan rayau Harimau Malaya dan penyumbang sumber air kepada empat empangan hidro elektrik negara terus dilaksanakan.

Mohamed Shah Redza berkata operasi MENRAQ tidak dibiayai kerajaan, justeru dana yang mencukupi diperlukan bagi memastikan pasukan ini terus mapan serta mampu beroperasi secara sistematik dan berterusan, antaranya untuk pembayaran elaun.

Katanya langkah itu penting kerana sejak ditubuhkan, MENRAQ berjaya membantu pasukan renjer PTNP dalam membanteras aktiviti pemburuan haram di hutan Royal Belum yang berkeluasan 128,271 hektar di utara Perak.

“Sebagai satu-satunya suku asli yang tinggal di dalam hutan Royal Belum, belia Jahai yang menganggotai MENRAQ ini adalah kumpulan terbaik untuk misi perlindungan dan pemeliharaan biodiversiti kawasan tersebut.

“Selain mahir selok-belok di hutan hasil ilmu yang diperturunkan nenek moyang mereka generasi ke generasi, menerusi MENRAQ, mereka didedahkan dengan penggunaan alat moden seperti kamera jejak, telefon satelit dan penjejak GPS.

“Pada masa sama, mereka juga dilatih dengan protokol rondaan yang penting bagi tujuan keselamatan dan perlindungan, selain diajar teknik pengumpulan data lebih lancar menggunakan platform SMART (Spatial Monitoring and Reporting Tool),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Nurmalis Musa berkata RM2 juta disasarkan dapat dicapai menerusi pemasaran pakej pelancongan konservasi yang ditawarkan di ITB, Berlin.

Beliau berkata konsep ditawarkan adalah cabang di bawah pelancongan bersifat dermawan yang sebahagian kos daripada pakej yang dibayar pelancong akan disalurkan bagi kebajikan masyarakat setempat.

“Bezanya dengan pakej ditawarkan Perak Tourism di ITB ini ialah kerana ia dikhususkan untuk pemerkasaan MENRAQ sebagai usaha perlindungan Harimau Malaya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Arif Aiman Tidak Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

2

Sukan 1 bulan yang lalu

TMJ Tak Minat Jadi Pengurus Harimau Malaya - Hamidin

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya, Bukan Salah Pemain - Pan Gon 

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Tayangan Aksi Malaysia -Thailand Di 14 Skrin Besar - Hannah

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penarikan Semula Ubat Batuk Dengan Pholcodine Prosedur Standard

oleh Adam Ayzzat

Semasa 13 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 18 jam yang lalu

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berbuka Puasa Bersama PM, Jemaah Menteri