web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Kasih Kakitangan HKL, Saya Amat Hargai Bantuan Diberikan – Alexander Nanta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 8:47PM

Alexander mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan lutut di HKL. - Gambar dari Twitter @AlexNantaLinggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di atas layanan terbaik diberikan semasa beliau menjalani pembedahan lutut dan dirawat di fasiliti kesihatan awam itu.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, beliau amat mengagumi dan menghargai dedikasi serta usaha keras diberikan kakitangan terbabit demi memastikan setiap pesakit menerima rawatan terbaik.

“Sejak minggu lalu, saya telah mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan lutut di HKL akibat kecederaan lutut yang saya alami.

“Dari hari pertama saya dimasukkan ke HKL, saya menerima layanan dan rawatan profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL yang tidak pernah lelah memberikan khidmat mereka.

“Syabas saya ucapkan. Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Sesungguhnya jasa baik semua tidak dapat saya balas,” katanya menerusi ciapan di Twitter, petang ini.

Dalam ciapan sama, Alexander Nanta turut berkongsi beberapa keping gambar beliau menerima rawatan di hospital terbabit. 

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian netizen termasuk Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendoakan kesembuhan beliau.

“Semoga cepat sembuh Yang Berhormat Menteri. Saya yakin dengan kakitangan HKL. Mereka akan menjaga anda dengan baik,” katanya.

“Semoga cepat sembuh Datuk Seri. Amat bimbang melihat anda menggunakan kerusi roda menghadiri Parlimen,” kata seorang pengguna Twitter, Shookrie999.

Pada 13 Februari lalu, Alexander menarik perhatian ramai apabila hadir ke majlis pembukaan penggal Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat dengan berkerusi roda.

Beliau terpaksa berkerusi roda atau bergantung kepada tongkat ketika ini disebabkan kecederaan lama akibat terjatuh pada 1998 yang menyebabkan lututnya perlu dibedah.

Menerusi hantaran di Facebooknya bulan lalu, Alexander berkata, sejak gambarnya berkerusi roda dimuatnaik di media sosial, ramai menghubungi beliau untuk bertanya tentang keadaan kesihatannya termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Selepas 15 tahun, kesakitan pada kecederaan lama ini kembali menyerang dan bertambah teruk sejak dua minggu lalu disebabkan saya perlu banyak bergerak bagi menjalankan tugas di kementerian dan kawasan.

“Susulan pemeriksaan di HKL lima hari lalu, doktor menasihati saya untuk menjalani pembedahan pada akhir Mac atau awal April, tahun ini.

“Terima kasih kepada semua yang telah bertanya khabar. Jangan risau, berkat doa semua saya akan pulih semula,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran