web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Muhyiddin Didakwa Terbabit Penggubahan Wang Haram RM5 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 8:11AM

Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam selepas berdepan satu lagi pendakwaan baharu oleh SPRM. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini menjadi tumpuan apabila mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa atas kes pengubahan wang haram.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dakwaan itu yang dijangka bermula 8.30 pagi ini, menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terbabit kali kedua dihadapkan ke mahkamah.

Pada Jumaat lalu, beliau didakwa atas enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, iaitu masing-masing empat pertuduhan kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin, 76, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Susulan pertuduhan itu, Hakim Azura Alwi menetapkan beliau dibenarkan diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Getaran membawakan perkembangan kes pendakwaan Muhyiddin hari ini. - Getaran, 13 Mac 2023

9.45 pagi : Bercakap kepada media di mahkamah, Ketua Pemuda BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan bagaimana pengendalian siasatan ke atas Muhyiddin dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM).

“Pada mulanya dakwaan adalah berkaitan Jana Wibawa, tetapi sekarang pertuduhan membabitkan Bukhary Equity.

“Biar rakyat menghakimi,” katanya.

9.30 pagi : Hakim Rozilah menetapkan keperluan jaminan sama seperti kes pendakwaan pertama dihadapi Muhyiddin di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, iaitu ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin dan menyerahkan pasport antarabangsanya sehingga kes selesai.

9.25 pagi : Semasa keluar dari bilik mahkamah, Muhyiddin memberitahu media bahawa tarikh seterusnya ditetapkan mahkamah untuk kes dihadapinya itu adalah pada Mei, sebelum beliau meninggalkan kompleks berkenaan.

9.19 pagi : Kes Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen KL untuk dibicarakan bersama

9.16 pagi : Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) didakwa atas pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta.

9.14 pagi : Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM5 juta

9.10 pagi : Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Akram memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan ingin memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan sebutannya ditetapkan pada 26 Mei ini.

9.05 pagi : Kumaraendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan peguam, Rosli Dahlan akan turut mewakili Muhyiddin. Bagaimanapun, mereka tidak hadir di kamar mahkamah kerana mempunyai urusan lain.

8.58 pagi : Muhyiddin memasuki kamar mahkamah

8.50 pagi: Muhyiddin diwakili Datuk K.Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amira Salleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Pihak Pendakwaan pula diketuai Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

8.40 pagi: Kira-kira 20 penyokong Muhyiddin kelihatan berkumpul di luar kompleks mahkamah.

8.35 pagi: Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat tiba di kompleks mahkamah.

Muhyiddin sempat melambai tangan kepada penyokongnya ketika tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Muhyiddin sempat melambai tangan kepada penyokongnya ketika tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

8.20 pagi: Muhyiddin dilihat tiba di perkarangan kompleks mahkamah di sini.

8.10 pagi: Muhyiddin bakal berdepan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Lebih 30 petugas media dilihat berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pagi ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Lebih 30 petugas media dilihat berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pagi ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

7.50 pagi: Lebih 30 petugas media berkumpul di luar perkarangan Mahkamah Shah Alam bagi membuat liputan kes bekas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa Mengaku Salah Abaikan 4 Anak, Tinggalkan Di Pondok Pengawal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

4

Politik 2 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar