web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persembahan TATU Tentera Darat Pukau Ribuan Penonton

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 7:11AM

Sempena Hari Tentera Darat ke-90, kira-kira 2,000 anggota TDM mengambil bahagian dalam pertunjukan itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Ribuan pengunjung yang menyaksikan persembahan TATU Tentera Darat (TDM) terpukau dengan pelbagai persembahan serta demonstrasi menarik di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) malam tadi.

Bersempena Hari Tentera Darat ke-90, kira-kira 2,000 anggota TDM mengambil bahagian dalam pertunjukan itu termasuk acara kemuncak iaitu aksi lagak ngeri oleh Army Red Warrior, Akrobatik Motosikal Tentera Darat yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

Lebih menarik lagi, aksi itu mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records (MBOR) iaitu Paling Ramai Orang Menunggang Sebuah Motosikal dan Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dipersembahkan oleh Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin, 34.

Saidatul Husna mempamerkan pertunjukan mendebarkan dengan menunggang motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc sambil membuat lompatan melepasi enam kereta.

Aksi pertempuran anggota TDM turut mencuri tumpuan penonton menerusi demonstrasi 21 Grup Gerak Khas dengan percikan api serta bunyi tembakan, selain persembahan pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata, kemahiran menunggang kuda, drumliner, persembahan kepakaran pasukan elit komando dan aset Tentera Darat seperti Anjing Perang.

Turut hadir menyaksikan acara yang berlangsung hampir dua jam setengah itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Karnival Hari Terbuka Tentera Darat kali ini juga meriah dengan kehadiran hampir 60,000 pengunjung, yang antara lain mengetengahkan pameran aset dan kerjaya TDM serta pertunjukan kepakaran alat letupan tukar ganti (IED), nuklear, biologi dan kimia, yang bermula semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar