web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Video Tular Fitnah Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 7:03AM

Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis semalam membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular menerusi media sosial yang memfitnah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata video berdurasi 59 saat itu dikesan pada 5.30 petang tadi dengan memaparkan seorang lelaki sedang berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih, berucap menggunakan pembesar suara menyuarakan beberapa perkara yang mempertikaikan pemerintahan kerajaan semasa.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku di tepi jalan berhampiran kawasan letak kenderaan luar Mahkamah Jalan Duta, di sini semasa proses pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berlangsung semalam.

“Ucapan individu itu mempunyai kecenderungan untuk memberi persepsi yang mungkin mendatangkan kegusaran kepada awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Eng Lai, pihak polis yang memandang serius dakwaan itu menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggari undang-undang di dalam negara ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad