web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hotel Di Sandakan Yang Pertama Tawar Pakej Harga Rahmah - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 6:41PM

Salahuddin Ayub berkata tawaran Pakej Rahmah dalam perkhidmatan perhotelan itu juga secara langsung dapat mempromosikan industri pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Sebuah hotel di Sandakan di sini menjadi hotel pertama di negara ini menawarkan pakej penginapan dengan harga Rahmah sepanjang Ramadan akan datang, kata Menteri  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata tawaran Pakej Rahmah dalam perkhidmatan perhotelan itu juga secara langsung dapat mempromosikan industri pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengembangkan inisiatif Rahmah itu kepada perkhidmatan lain.

“Jelajah Rahmah ini nampaknya bukan sahaja setakat menu makanan, kafe dan jualan, tetapi akan pergi kepada perhotelan, perbankan, insurans, dan banyak lagi saya akan buat untuk libat urus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pakej Rahmah oleh Hotel The Elopura di sini hari ini.

Menurut Salahuddin, menerusi pakej itu hotel tersebut menawarkan potongan 20 peratus daripada harga penginapan sepanjang Ramdan ini dan makanan sahur secara percuma.

Katanya potongan 20 peratus penginapan itu dipanjangkan lagi selama seminggu selepas Ramadan dengan sarapan percuma.

Terdahulu, ketika melancarkan Menu Rahmah di Pasaraya Mydin Sandakan dekat sini, Salahuddin berkata berdasarkan maklum balas daripada peniaga menyertai inisiatif itu, Menu Rahmah telah dijadikan sebagai daya penarik pelanggan untuk datang ke premis mereka.

“Dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan melalui kuantiti jualan yang dapat menampung pengurangan margin sekali gus bersama-sama dalam usaha kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurut Salahuddin, sebanyak 1,531 premis perniagaan di seluruh negara telah berdaftar dengan KPDN bagi menyertai inisiatif itu.

“Tiada paksaan. Mana-mana peniaga boleh mendaftar dengan KPDN secara percuma untuk kami bantu mempromosikan mereka lagi, asalkan menunya lengkap nutrisi dan ditawarkan pada harga RM5 ke bawah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar