web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Perak Berhubung Pembekalan Air Dikaji Secara Terperinci - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 3:14PM

Anwar Ibrahim berkata apa jua keputusan atau dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri Perak berhubung pembekalan air ke negeri Pulau Pinang, ia pastinya dikaji dengan teliti, dan perlu dihormati - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa jua keputusan atau dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri Perak berhubung pembekalan air ke negeri Pulau Pinang, ia pastinya dikaji dengan teliti, dan perlu dihormati.

Beliau berkata prosesnya mungkin sedang dibincangkan, kerana Perak pastinya memberi keutamaan terhadap keperluan negeri sendiri terlebih dahulu, dan dasar sedemikian tidak ada salahnya.

“Ini kita tengok.. apakah benar ada lebihan yang banyak, unjuran dia, untuk keperluan lima tahun, 10 tahun, itu semua dikaji secara ilmiah dan santifik, kemudian baru buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia di sini.

Sambutan bertemakan ‘Accelerating Change’ itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai kerajaan negeri Perak yang belum bersedia untuk berunding dengan Pulau Pinang mengenai pembekalan air ke negeri jirannya itu.

Pada 1 Disember lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata keputusan kerajaan negeri untuk tidak melaksanakan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kepada Pulau Pinang, adalah muktamad.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkata Malaysia tidak sepatutnya berhadapan masalah bekalan air ketika musim kemarau kerana negara ini mempunyai limpahan air dan hujan yang banyak setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya mencari langkah terbaik bagi mengatasi sebarang masalah ketika musim kemarau termasuk mengkaji kaedah yang digunakan di negara lain. 

"Tak guna kita ada kepintaran dan kebijakasaan tapi tak dimanfaatkan. Nik (Nik Nazmi).. kita tak mahu dengar tahun depan bila musim kemarau, air tiada, kerana negara kita hujan lebat dua kali setahun," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad