web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Rampas 14,249 Teks Dan Bahan Bacaan Al-Quran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 7:00AM

Nik Yusaimi berkata antara sebab rampasan adalah kerana teks dan bahan bacaan al-Quran itu tidak mempunyai kelulusan KDN melalui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN)  merampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran di sekitar Lembah Klang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata antara sebab rampasan adalah kerana teks dan bahan bacaan al-Quran itu tidak mempunyai kelulusan KDN melalui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

“Ciri-ciri al-Quran yang dirampas ini antaranya tidak ada cop LPPPQ dan pelekat hologram KDN di kulit luar serta ia ditulis dengan resam selain Uthmani.

“Apabila disemak lagi, maka terdapat sana sini kesilapan huruf, tanda baca, ayat, yang kita khuatiri apabila pengamal membaca akan memberi maksud salah terhadap ayat al-Quran yang diturunkan,” katanya kepada media selepas mesyuarat LPPPQ di sini hari ini.

Ditanya mengenai aplikasi al-Quran yang mendapat perakuan LPPPQ, beliau berkata setakat ini hanya satu sahaja diperakukan iaitu Smart Quran, dibangunkan secara kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KDN.

“Aplikasi Smart Quran diperakui bebas daripada kesilapan kerana dah melalui proses semakan dan perakuan oleh LPPPQ, manakala lain-lain aplikasi yang ada sekarang ini belum melalui proses tersebut.

“Kita tak kata (aplikasi) al-Quran lain salah cuma ia tidak melalui proses semakan. Jadi digalakkan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran membangunkan al-Quran secara digital untuk mohon kelulusan bagi memastikan (aplikasi) al-Quran dibangunkan mereka adalah sahih dan tepat,” katanya.

Mengenai hasil mesyuarat hari ini, beliau berkata antara perkara dipersetujui adalah membatalkan satu lesen mencetak al-Quran di Pulau Pinang kerana syarikat tersebut  didapati sudah tidak aktif mencetak al-Quran.

Mesyuarat juga meluluskan empat pruf akhir teks al-Quran, menjadikan setakat ini terdapat 916 perakuan pruf akhir teks al-Quran yang telah diluluskan, katanya.

“Pruf ini diperlukan untuk memastikan teks dan bahan al-Quran yang dicetak, diterbit, diimport dan diedar dalam negara ini tidak mengandungi apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam menjaga kesucian al-Quran.

“Jumlah al-Quran yang mempunyai perakuan KDN adalah dipercayai mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna di negara ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad