web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Sebalik Larangan, Hadi Tetap Sampaikan Khutbah Jumaat Di Masjid Rusila

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:32PM

Tidak diketahui sama ada Abdul Hadi Awang menyampaikan khutbahnya hari ini dengan mendapat persetujuan MAIDAM atau sebaliknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun ahli politik tidak dibenar menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Malah, khutbah disampaikan beliau yang juga Ahli Parlimen Marang merangkap Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Dalam khutbah selama 20 minit itu, Hadi menyentuh mengenai ajaran Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW tanpa mengulas sebarang topik politik atau kontroversi.

Beliau berkata, Allah merencanakan bagaimana manusia berinteraksi sesama mereka sama ada dalam perniagaan, politik atau kehidupan harian.

“Allah menyuruh interaksi antara manusia perlu dibuat dengan penuh hormat dan bermaruah serta tidak melakukan yang haram,” katanya.

Khutbah itu disampaikannya di sebalik saranan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang yang meminta pemimpin politik parti itu memohon tauliah terlebih dahulu daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), bagi membolehkan mereka mengajar serta menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau.

Hussain dilaporkan berkata, setakat ini dalam kalangan wakil rakyat parti itu di Terengganu, mereka sudah memiliki tauliah dan kebenaran MAIDAM bagi tujuan itu.

“Insya-Allah kita mohon sahaja. Dalam kalangan mereka yang memohon, ada diluluskan, ada yang tidak,” kata Husain pada majlis di Masjid Rusila di Marang hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Abdul Hadi menyampaikan khutbahnya hari ini dengan mendapat persetujuan MAIDAM atau sebaliknya.

Larangan MAIDAM itu dikeluarkan minggu lalu dan diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan ahli politik yang menyampaikan kuliah, syarahan dan pendidikan agama di masjid tanpa kebenaran daripada MAIDAM.

Larangan itu merangkumi penggubal undang-undang di peringkat negeri atau Persekutuan, selain aktivis politik, dengan mereka tidak dibenarkan memberi syarahan, kuliah atau pendidikan agama di masjid dan surau di Terengganu, malah tidak boleh berkhutbah atau mengimamkan solat Jumaat di negeri berkenaan.

Dua hari selepas larangan itu diumumkan, Abdul Hadi dilihat ingkar apabila secara terbuka menegaskan, beliau akan terus menyampaikan khutbah di masjid di Terengganu.

Sementara itu, Husain berkata, ahli politik PAS di Terengganu yang berdakwah di masjid dan surau hanya berpegang kepada ajaran agama serta tidak berpolitik. – The Vibes, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad