web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Belum 'Menoktahkan' Pelaksanaan Semula GST - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 4:20PM

Ahmad Maslan berkata kerajaan masih lagi mengkaji impak pelaksanaan GST dalam situasi ekonomi semasa dan menilai waktu yang sesuai untuk ia diperkenalkan semula bagi membantu meningkatkan hasil negara - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum 'menoktahkan' kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan masih lagi mengkaji impak pelaksanaan GST dalam situasi ekonomi semasa dan menilai waktu yang sesuai untuk ia diperkenalkan semula bagi membantu meningkatkan hasil negara.

“Kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan GST seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023. Namun, kita masih lagi tidak menoktahkan (perbincangan) GST ini, cuma ia tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.

“GST boleh jadi cukai progresif jika kita melaksanakannya pada kadar sifar kepada barangan yang digunakan oleh golongan B40,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu sama ada Kerajaan Perpaduan akan memperkenalkan semula GST yang telah membebankan rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan GST telah dilaksanakan oleh kira-kira 90 peratus negara dari seluruh dunia termasuk negara yang mengenakan cukai dikenali sebagai Cukai Nilai Tambah (VAT).

“Sebanyak 174 negara telah melaksanakan GST dan tidak mungkin mereka silap dalam membuat keputusan.

“Oleh itu, pada masa depan, GST ini boleh membantu (negara) mendapatkan pendapatan yang lebih, yang seterusnya boleh digunakan untuk membantu rakyat yang susah dan menoktahkan kemiskinan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini