web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Siasat Jika Ada Unsur Penawaran Wang Terhadap Ahli Politik Lompat Parti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 4:47PM

Azam Baki - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya bertindak menyiasat ahli politik yang melompat parti, jika terdapat bukti adanya unsur penawaran wang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, sebaliknya mana-mana ahli parti politik mempunyai kebebasan melompat parti, kerana tiada undang-undang boleh digunakan atas perkara terbabit.

“Tidak ada lagi undang-undang melarang mana-mana pihak untuk pergi ke parti lain… ‘anti-hopping law’ ini tidak wujud.

“Ini juga bukan satu kesalahan. Yang SPRM siasat adalah ke atas sebarang bukti penawaran wang berlaku seperti semasa meraih sokongan,” katanya ditemui pemberita pada program kerjasama strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama SPRM di sini, hari ini.

Pada 30 April lalu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, meminta supaya suruhanjaya itu menyiasat dakwaan unsur penglibatan rasuah berkaitan ahli politik yang melompat parti.

Mengulas mengenai gesaan Abdul Hamid untuk melakukan siasatan berhubung campur tangan ke atas Suruhanjaya Pasukan Polis Azam berkata, perkara itu di luar bidang kuasa SPRM.

“Hal ini melibatkan isu dalaman pasukan keselamatan terbabit, jadi maka biarlah polis sendiri selesaikan,” katanya.

Azam merujuk kepada dakwaan Abdul Hamid bahawa ada individu politik atau menteri telah mencampuri urusan dalaman PDRM.

Antara dakwaan dibuat Abdul Hamid ialah, cubaan mereka mengatur pelantikan pegawai-pegawai kanan dalam pasukan keselamatan terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad