web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Fail Semakan Kehakiman Cabar Beku Akaun, Sekat Perjalanan Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 1:52PM

BERSATU turut memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan sekatan perjalanan terhadap presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank parti berkenaan. 

Menerusi dokumen mahkamah, BERSATU turut memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan sekatan perjalanan terhadap presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur secara dalam talian pada jam 8 malam tadi, melalui firma guaman Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Permohonan yang difailkan peguam, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Muhyiddin itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.

Menurut afidavit yang difailkan, mereka mendakwa keputusan membekukan akaun BERSATU di CIMB Islamic Bank Bhd dan AmBank dilakukan dengan niat jahat.

Mereka turut mendakwa SPRM telah menyalahgunakan kuasa dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan BERSATU, Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin.

Mereka juga memohon pengisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap BERSATU, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan didakwa salah.

Sementara itu, Muhyiddin mendakwa, larangan perjalanan yang dikenakan Jabatan Imigresen itu dilakukan untuk mencemar nama baiknya, seolah-olah membayangkan beliau telah melakukan kesalahan dan akan melarikan diri.

"Sekatan perjalanan dikenakan kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim bimbang Muhyiddin akan bercakap mengenai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia di forum antarabangsa,” katanya dalam permohonan itu.

Menurut permohonan itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini telah mengenakan larangan perjalanan ke atas Muhyiddin 'secara tidak sah tanpa sebarang alasan yang munasabah' dan tanpa diserahkan notis rasmi.

"Pemohon (Muhyiddin) mendakwa terdapat usaha untuk menuduh atau mengaitkan beliau atau BERSATU dengan rasuah dan salah guna kuasa," katanya. 

Muhyiddin dijadual berangkat ke London pada 14 dan 15 April ini sebagai penceramah ucaptama persidangan tahunan pertama Global Council for Political Renewal (GCPR).

Terdahulu, Azam pada 1 Febuari lalu mengesahkan bahawa akaun BERSATU dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Azam berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Disember lalu, SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

Fokus siasatan adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. - Getaran, 9 Mac 2023

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad